Jumaat, 30 Januari 2009

sejak dari duluku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat
kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu kus
ebagaimanaku rinduimu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu kini
ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
~Cinta Antara Kita~


Entah mengapa, hari ini saat sembang-sembang petang bersama jiran baru, hatiku teringatkan dirimu.... Bagaimana keadaan dirimu saat ini. Sayunya hati... ingin sahaja daku mendail nombor telefon dirimu... lepas satu nombor cuba ku dail. Namun semuanya aku batalkan....ahhh cemburu kah aku..saat kuterdengar panggilan sayang dari mulutmu ketika menjawab panggilan telefon dari seseorang.......
Ahhhh... memang aku cemburu........mungkin. Tapi ketahuilah dirimu, aku sayang kamu sejak dari dulu lagi. Aku tahu kau tahu... tapi saja membiarkan begitu berlalu ...... Biarlah ku simpan sahaja kenangan kita bersama.
Andai kau rindu pastinya ada panggilan darimu....Mungkin juga aku tidak lagi kau perlukan... sebagai teman, sebagai kawan apa lagi kekasih hati,...
Semoga dirimu terus berbahagia......itu doa tulus dari aku....Sesungguhnya aku sentiasa merindui dirimu..


Khamis, 29 Januari 2009

Izinkan kupergi....

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
~izinkan kupergi~kaer~
Saat mendengar lagu ni... sayup rasa hati, rasa rindunya aku pada dirinya. Tanpa aku sedari tiba-tiba air mata ini mengalir. Rindu sangat kah aku pada dia... Sayang... Maafkan aku. Perasaan hati dan naluri ini tidak dapat aku bohong. Memang sesungguhnya aku amat merindui dirimu...


Ahad, 18 Januari 2009

Tak mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan
langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula Saat itu
Tidak Senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang Patah tumbuh
Yang Hilang Berganti
Kau telah jauh
Jauh dari ku
Tiada ruang dihati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika diminda
Kau Menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
~Tak Mungkin Kerna Sayang~Alyah~

Sememangnya sebagai manusia, tak mampu untuk membuang kenangan yang begitu mengasyikan... kerinduan pasti datang mengusik perasaan. Sayang, terasa kau semakin jauh... jauh dariku. Aku rindu ingin berbicara dengan dirimu bagai dulu... Tapi mengapa bagai ada batu penghalang kini antara kita.. kau begitu menjauh, barangkali kesibukan kerja...dan masa ... menghalang kita dari bermesra bagai dulu. Atau mungkin aku tiada lagi ruang di hatimu lagi.....Ya lah .. tiada yang abadi di dunia ini.

Isnin, 12 Januari 2009

What Is Love??

Cinta adalah suatu merupakan sebuah perasaan, kesabaran, romantis, kejiwaan, kemesraan, dalam suatu hubungan antara insan.
Cinta lahir pabila telah rasa sayang. Cinta lahir pabila kita merasakan kita ada teman yang terbaik. Teman yang boleh kita duduk bersama, merasa dan mengata apa yang di rasa. Hinggakan kita merasa senang, lapang walau apa pun yang terbuku di dada.Kerana cinta akan dapat melahirkan sebuah senyuman.
Kata orang yang bercinta.... sangat menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih sakit, apabila mencintai dan tidak pernah ada keberanian untuk menyatakan hasrat apa yang dia rasakan.
Pelik kan?? Hanya sesaat untuk menghancurkan kebahagiaan seseorang.Hanya seminit diperlukan untuk kita mengenali seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk menyintai seseorang tapi mengapa perlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang???
Kata pujangga, jangan kata kau membenci seseorang apabila tidak mampu membiarkan dia pergi. Jangan hanya melihat wajah seseorang, kerna ia bisa menipu. Setidaknya datanlah dengan senyuman. Kerna setidaknya dengan senyuman mampu merubah persepsi seseorang. Mengurangkan rasa gundah gulanaya, menghilangkan rasa khuatirnya, menghilangkan rasa getarnya....

Ahad, 11 Januari 2009

Buah Hatiku Disambar.... Huhhhh

Uwakkkk.... buah hatiku disambar, aku hanya mampu memandangmu, membelek mu, mencemburui diri... Gah kau lalu dihadapanku. Puas ku toleh...2 kali namun kau pergi tinggalkan aku. Sedihnya bukan kepalang. Tak mengapa, aku yakin di suatu ketika akan kurampas kamu...


Huh...... tatkala kerajaan Negeri Perak menyambar 16 antara rakan-rakanmu. Wow... best kiranya aku ada kamu. Hehehe Camry !!! Kau idaman kudari dulu, kini dan selamanya. Ku rindu dengan jelingan kelipanmu...Gahnya aku kira ada kamu.


Toyota Camry 2.0E - RM 141,109

Toyota Camry 2.0G - RM 151,246

Toyota Camry 2.4L - RM 170,745


Tak mengapa, Chery jangan kau sedih. Adanya kamu, seribu rahmat buatku.


KU INGIN KAMU, YA !! AKU INGIN KAMU,..CUMA KAMU

Di dalam kehidupan seharian , kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, menganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya rasa tidak kena, dan apa yang dibuat semuanya salah. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang dapat membuatkan kita terlupa akan perkara-perkara tersebut walaupun hanya sekadar melihat wajahnya......
Kerana Dia Aku Menangis
Tanggalkan Sisa Kewarasan Ku
Rela Melepaskan Kemudi Di Tangan
Kala Ribut Gelora
Datang Mendera Samudera
Kerana Dia Aku Menangis
Pendamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba
Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf
Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Menjanjikan
Ranjang Mawar
Yang Ku Mimpi
~ranjang mawar-wing~

Sabtu, 10 Januari 2009

Aku Jatuh Cinta Lagi........

Aku jatuh cinta lagi... Memang mengasyikkan takkala jika kita jatuh cinta rupanya... Siang malam teringat-ingat, terbayang-bayang... mengasyikkan. Boleh membuatkan kita terawang-awang. Emosi begitu emosi, hangat dan membara dengan semangat. Wah, benarkah aku jatuh cinta lagi... ?

Memang terlalu banyak angan-angan barangkali menjadikan aku sebegini. Ahhh ... aku ni bukannya ada pari-pari macam cerita bawang putih bawang merah yang sering menjadikan sesuatu impian sebagai kenyataan.

Terima Kasih... hubby, selama aku jatuh cinta ini... kau begitu memahami. Di kaulah yang amat memahami jiwa dan ragaku. Terima kasih kerana mengizinkan aku jatuh cinta lagi....

Hoiii... kalian jangan lak salah sangka tau. Aku bukan jatuh cinta pada lelaki... tp pada kamera DSRL aku ler....hehehe. Alhamdulilah lepas satu persatu, apa yang aku inginkan telah berjaya aku miliki. Dulu dari kedai roti & kek..... walaupun aku gagal untuk terus mempertahankannya. Itulah kata hubby aku ni hangat2 tahi ayam. hehehe... Tak mcm dia, nak bot dapat jugak. Bukan sekadar bot faber sekarang dah ada bot kayu jenis A.

Mungkin... selepas ni, aku akan benar-benar jatuh cinta... hopefully..hehehe.

Ni pic pertama aku guna kamera DSRL aku : olympus €520. Yang aku berikan tajuk Antara kita ada dia... wah...sesuai tak??.

Rabu, 7 Januari 2009

UNTUK PERTAMA KALI

aku temukan lagi sebuah cinta
di dalam aura hadirmu
aku rasakan kelembutan hati
di mimpi indah kasihmu
kita bisa nikmati rasa ini
walau segalanya jelas terlarang
kita bisa saling menyayangi dan mencuba
tak peduli keadaan ini
reff:
dan untuk pertama kali
cintaku terbagi
dan ku ingin memilikinya
dan untuk pertama kali
ku seringkali janji
dan bahagia mencintanya
~untuk pertama kali~kerispatih~

Sedapkan lagu ni, telah aku dengarnya banyak kali.... barangkali seolah menceritakan tentang aku... Emm memang enak bermain dengan mimpi. Tapi tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan. Dalam ketakutan itulah yang akan mengindahkan suasana.
Namun sayangkah dia, cintakah dia pada aku?? Kau tanya aku ?? Aku sejujurnya, seikhlasnya memang menyayangimu, menyintaimu. Untuk pertama kalinya....dalam hidup aku yang telah ada DIA. Aku tahu aku berdosa. Namun harus bagaimanakah aku ingin lari?? Harus bagaimanakah aku hendak menipu diri??
Bagi tahu aku?? Harus bagaimana ?? Jalan dan cara untuk aku membuangnya?? Emmm aku terlalu menyayanginya dan ingin memilikinya. Biarpun hanya kita sahaja yang mengetahuinya. Kita simpan dalam lubuk hati. Mana tahu, satu ketika ada ruang dan waktu untuk bersama. Jika tidakpun, moga kita bersua di akhir nanti. Walau dunia kita pada waktu itu amat berbeza. Aku tunggu kamu....

Isnin, 5 Januari 2009

TAKDIR CINTA

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku
~rossa~


Semalam aku mendapat pesanan ringkas, yang pada awalnya aku anggap sebagai seorang sahabat. Telah sedikit menganggu pemikiran aku seharian. Mungkin ini satu petanda untukku, sememangnya niat aku untuk menjauhi dari dia. Mungkin harus ku paterikan niat yang dinawaitukan.
Sememangnya... aku ingin kau tahu, aku amat menyayangimu...sesungguhnya.. Kadangkala aku sendiri pun tak tahu mengapa aku harus menyayangi dirimu...Kenapa, Mengapa dan Bagaimana aku boleh jadi gila sebegini... seolah aku bukan aku... Tapi macam yang kau katakan padaku dulu, jiwa dan perasaan amat sukar untuk kita tipu. Sememangnya aku tidak mahu menipu perasaan dan jiwaku, yang aku amat sayang padamu. Moga inilah yang dinamakan takdir. Takdir cinta !!
Sememangnya aku takut untuk menyakiti hati orang lain. Maafkan aku teman, bukan niatku untuk diminta di sumpah serana dengan tubian kata-kata yang menyakitkan. Aku cuma mahu doa-doa dari rakan-rakan. Aku hanya mahukan kasih sayang. Aku hanya mahukan persahabatan. Maafkan aku...bukan ini yang aku mahukan.
Tuhan tuntunlah hati aku... ilhamkanlah kepada aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu dan KurniaanMu kepadaku. Berikan aku ilham dan kekuatan di mana arah yang harus aku tuju dan pilih. Bimbinglah aku agar jalan yang aku pilih tidak menyesatkan diri aku ke jalan yang tidak kau redhai. Ya Allah, ampuni aku. Sesungguhnya Ya Allah aku bertaubat kepadaMu. Kuatkan hatiku dengan sifat-sifat kebaikan dan jauhkanlah aku dari perbuatan yang tidak kau redhai..
Amin.

Sabtu, 3 Januari 2009

Memiliki Kehilangan

Hari ini aku benar-benar rasa satu kehilangan.... DIA.
Sememangnya... sebuah kehilangan itu dapat kita rasai apabila kita merasakan memilikinya. Meskinpun aku tidak cuba memeluknya... merangkul dirinya namun, hatiku merasakan dia memang kumiliki. Mungkin hanya aku.!! Huh... sedih kan...Syok sendiri rupanya aku!!!
Tapi semakin hari hatiku semakin sayu ditinggalkan DIA. Tapi mengapa tiba-tiba DIA berubah rasa... dan mengapa hati ini jahat untuk mengenangi DIA yang mungkin tak pernah menginginkan aku dalam catatan hidup DIA. Mengapa mesti ada rindu untuk DIA??? Jika tiada apa yang aku perolehi dari DIA hanya tuduhan bertalu-talu dari DIA. Jika hanya untuk menyakiti hatiku sahaja. Mengapa perlu ada DIA? Mengapa perlu rindu DIA?

Adleena Arisya... aku rindu dengan mu

Khamis, 1 Januari 2009

Aku Bukan Pilihan

Jika memang diriku
Bukanlah menjadi Pilihan hatimu
Mungkin sudah takdirnya
Kau dan aku
Takkan mesti bersatu
Haruslah slalu kau tahu

Ku mencintaimu di sepanjang waktuku
Harus slalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya

Aku tahu aku bukan pilihanmu. Malahan aku bukan yang terbaik untukmu memilihku.Mungkin ada baiknya aku mengundur diri... Namun izinkan aku untuk terus menyayangi dirimu... Aku ingin kau tahu, bahawa aku benar-benar menyayangi dirimu...Itu harus aku akui...Simpanlah segala kenangan indah kita bersama. Mungkin inilah waktu yang terbaik untuk kita berubah keadaan. Di tahun baru, Moga aku terus tabah dan yakin dengan apa yang aku lakukan. Aku perlu kuat. Aku perlu tekad. Aku perlu...buktikan pada dirimu. Moga kasih sayang yang kau berikan menjadikan aku seorang insan yang cekal. Terima kasih teman, kerana tidak memilihku. Terima kasih kerana menyedarkan aku dari mimpi yang panjang. Moga ingauanku tidak berpanjangan...
Selamat Tahun Baru buatmu. Moga dirimu dikurniakan kebahagian dan rezeki yang melimpah luah ...