Isnin, 22 Jun 2009

Kem motibasi...



Sepanjang hari Jumaat 19 Jun 2009 hinggalah Ahad 21 Jun 2009 - berlangsung kem motivasi jati diri tahun 6 di sekolah aku.. Aku sebagai bahagian helwa dan juga merangkap kem kom agak penat juga. Lebih2 perancangan untuk aktvt lasak... huhuhuhu jalan kaki dari sekolah ke pantai Balok...huh tegang urat kaki. Mana tak nyer dekat 5km.. dalam panas terik lak tu.Tapi menyeronok kan..



Tengok lah.. kenakalan anak2 murid saya..comey kan!!



Hehehe.. ni aku masa slot icebreaking - bentuk kumpulan



aktiviti yang digemari pelajar saya.. bentuk belon.







masa xtvt bina istana pasir






Salah satu harta karut yang perlu dicari...


cross jalan menuju ke pantai.... ceria je masa datang.


Mai kita renungkan bersama.....
Tatkala kita dah rapat dengan seseorang ... rasanya kita akan terus berusaha untuk kekalkan hubungan tersebut.. tak kiralah sama ada dia seorang kawan, adik, abang, kakak, atau seseorang yang istimewa buat kita.. Seharusnya kita haruslah bersyukur kerana memiliki insan-insan yang sentiasa bersama kita.. sanggup berkongsi kisah suka dan duka, boleh ketawa dan menangis bersama.. hadapi susah senang..andai kata kita salah, dia akan menegur salah silap kita secara jujur dan terbuka... Dah tentulah kita akan semakin rasa dekat dan disayangi.. malahan akan menyayangi..
Namun kadangkala, insan-insan yang sering memberikan perhatian kepada kita. Berkongsi pendapat. Tersenyum dan menangis bersama.. tiba-tiba menyepikan diri. Tiba-tiba berubah haluan..360^. Saat tu..mestikan kita akan merasakan sesuatu.. bukan sahaja satu persoalan yang bermain di minda saat itu. Kenapa? Mengapa? Terasa kehilangan tatkala teman yang sering kita sembang, bertekak, merangsang, menggembirakan...
Pernah tak kalian fikirkan.... apabila sesuatu hubungan yang terjalin antara sesama insan akan timbul rasa perasaan kasih dalam diri kita... tak kiralah, kasih seorang ibu, ayah, kakak, abang, adik,kawan ataupun kekasih.. ianya bermula tatkala wujudnya sebuah persahabatan.. dan seterusnya kasih tercipta.. dan seterusnya menjaga kemesraan dan keakraban diantara kita.
Persahabatan dan ikatan yang terjalin telah banyak memberikan saya kekuatan dalam menghadapi hidup ini.. tatkala dalam kesunyian, kesedihan, mahupun apa jua keadaan kekawan lah yang banyak memberikan sokongan, kekuatan meskinpun dari jauh malahan kekawan chat yang tidak pernah dijumpai.. aku hargai sanagt.. Semua ini amat bermakna.. Tapi ntah di mana silapnya tindakan aku.. seorang kawan, barangkali abang yang telah banyak menghidupkan keceriaan di dalam kehidupan dalam setahun ini.. telah banyak berubah... Maafkan aku WNK5801. Seandainya diri ini telah melakukan satu kesilapan yang sukar untuk dimaafkan. 'Kehilanganmu' kini begitu terasa...
Bagaimana dengan kalian..? Adakah serupa dengan perasaan saya, tatkala... persahabatan semakin akrab akan tercipta kasih dan lahirkan rasa rindu dan sayang...Tak kiralah.. siapa mereka dalam hidup kita. Sebagai seorang ibu , atau ayah, kakak , abang mahupun adik... begitu bermakna kan tatkala di sayang dan menyayangi. Bagi yang belum berpunya dan tentu perasaan dan harapan menjadi lebih bermakna.. emm bagi yang dah tema teman tapi mesra rasanya tidak salah kan, asalkan bukan kekasih gelap yang dah tentu bawa bencana dan menghancurkan perasaan insan lain pula. Pendek kata.. dalam terciptanya kasih dan rindu masih lagi terbatas dengan lantasan yang telah digarisi oleh agama dan pegangan hidup. Yang penting hidup dalam nilai kasih sayang yang tinggi... membahayakan.. semuanya harus dijaga dengan nilai kasih dan sayang.... Moga hidup kalian sentiasa disayangi oleh insan-insan di sisi...... Bahagianya tatkala disayangi dan dibelai mesra.

Rabu, 17 Jun 2009

Sabtu, 13 Jun 2009

Terminator Salvation


huhuhuhu ambil peluang tengok wayang 'Terminator Salvation' dengan hubby and anak2. Best sangat.

Khamis, 11 Jun 2009

BENcinta

Benarkanku tuk berbicara
bicara terus ke hatimu…..hatimu..
hati yang penuh rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengar ku
begitu mudah untuk kau terus berlalu
nanti dulu berikanlah waktu untuk aku untuk kamu
ingatkah lagi waktu kau bersamaku

kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
aku cinta padamu
benci padamu
cinta padamu

ke tepi lihat ku berlalu
pasti itu yang terbaik untuk ku
tiada lagi mahu ku tahu
tentang hidup kamu
tentang mati kamu
aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu
apa yang kau tunggu
mahu aku buka pintu

ingatkah lagi waktu kau bersama ku

kaku aku melihat mu

sedang aku mahu kau tahu dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
cinta padamu
sakitnya aku membenci kamu

sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci…. kamu…
ku cinta….kamu…
ingatkah lagi waktu kau bersama ku

kaku aku melihat mu
sedang aku mahu kau tahu
dengar kata ku
aku cinta padamu
benci padamu
padamu…..

ingatkah lagi waktu kau bersamaku

kaku aku melihat mu
lidah kelu sedangkan aku
mahu kau tahu aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku bencipadamu
ingatkah lagi waktu kau bersama ku


dengar kata ku
aku cinta padamu
aku benci padamu
aku cinta aku benci!!

AKU SUKA LAGU NI... BERMAKNA SEKALI...

Selasa, 9 Jun 2009

Balik Kampung

Since Jumaat aku balik kampung dengan anak-anak aje. Hubby kata dia malas nak balik sebab ada laporan kerja yang perlu dia siapkan. So aku balik jelah dengan anak-anak. Tak balik nanti mak kata apa pulak dah lah jarang balik. Cuti-cuti ni lah nak kena ambik peluang balik kampung. Sebenarnya dalam kepala aku ni penuh dengan plan nak siapkan asigment, tapi ideanya tak datang-datang mungkin last minit nanti dia mencurah-curah kot. heheheh. Terpaksa dalam rela.. Aku drive selama 5 jam baru sampai Melaka. Kete punya lah banyak mungkin sebab cuti sekolah kot. Alhamdulilah dah sampai pun.




Aku berada di kampung dari Jumaat hinggalah Selasa. Sepanjang aku di sana, aku ke Linggi rumah sedara mak di sana.. biasalah cuti-cuti ni musim orang kahwin lah. Lepas tu ke rumah Mak Ngah tengok anak Huraizah berkhatan sambil-sambil bagi semangat lah pada anak bujang aku. hehehe Lepas ni bersedialah kamu Danial Fazlin... turn awak lak.

Angah call aku dia nak bagi emak present tv sempena birthday mak yang ke 60 tahun. So dia link $600 kat aku. Puas aku servey di kedai-kedai elektrik di Melaka. Huh manalah ada tv 29" harga $600. Kalu ada pun brand entah apa-apa. Warna pun tak cantik. Beli LCD aje lah wah over bugget lak. So aku belikan jenis LG. Harga $1290 dapat free DVD . Emm DVD dah ada kat rumah so aku tolak lah DVD tu harga dapat kurang $850. So aku tambah lah lebihannye. Tak pelah... untuk mak. Selamat Hari Jadi Emak.. semoga panjang umo murah rezeki... sihat selalu..








Khamis, 4 Jun 2009

Assignment .......

Seminggu dah berlalu.. huh LMS aku still problem. Ari ni call admind huh barulah ok petang tadi. Sukanya hati.. wah dah ramai daaa bagi komentarnya. Aku jugak yang ketinggalan lagi... emm kena jadi Sang Arnab lah lagi.... kejar yupp kejar...assignment dah keluar daaa..huhuhuu..kena rushing ni 3 minggu lagi kena antor daa.Aduuhhh sakit ler gini.
Wah ... nak kena buat 30 soalan MCQ. Lecehnye nak kena ikut Bloom lak tu. Apalah soalan aku nak rekacipta nii???Subject apa aku nak wat ni. Kalau buat subject Bahasa Melayu.. Mr Hui lak suruh wat report dalam english language... wah duh.. ganner ni. Confusing betul lah... blurrr..
Give me a lot of idea plezzz...


Selasa, 2 Jun 2009

H'diah Hari Jadi...

Alhamdulilah.. selesai dah sambutan hari jadi aku bersama anak2 murid. Bukan apa sebenarnya sambil2 makan-makan cup cakes setidaknya dapat memberi semangat kepada mereka untuk menghadiri kelas tamabahan di waktu-waktu cuti. Yeah.. merdeka sudah... selesai kelas tambahan aku waktu cuti sekolah ini...Nilah cup cakes yang sempat aku buat malam tadi...Cikgu-cikgu lain yang kebetulan ada, dapat jugak merasa cup cakes aku ni...





Lompat si katak lompat
Lompat tinggi - tinggi
Apa Cik Awin dapat
Hadiah di hari jadi... he he he



Tanpa aku sangka-sangka ada juga anak murid aku bagi diah kat cikgi yang selalu marah-marah kat diorang ni.. emm teruja aku. Walaupun hadiahnya tak seberapa. Tapi ingatannya tu buat aku rasa terharu sangatTerima kasih yea, Asmad, Shafikah, Syuhada, Fifi..bagi cikgu hadiah.. heheheh. Cikgu suka sangat :-) mekasih


Epi Birthday To Me...

Epi birthday to me
Epi birthday to me
Epi Birthday to Awin

Selamat Hari lahir yang ke 35 tahun... semakin dewasa..diharapkan aku mampu untuk hadapi hari-hari mendatang yang lebih mencabar. Jua semoga apa yang dihajatkan di hati kan tercapai. Hari ini aku buat cup cakes untuk sama - sama meraikan birthday aku bersama anak2 murid dan anakanda aku di sekolah selepas kelas tuisyen.
Hari ini sebenarnya aku sedih... pertamanya aku kecewa dan kecil hati dengan seseorang. Bu... ampunkan anakmu ni. Ntahlah, hatiku resah. Mungkin tiada ucapan dari DIA. Tiada ingatan dia pada aku. Barangkali.
Moga angka ini akan lebih menjadikan aku seorang yang matang dalam menjalani kehidupan. Lebih sabar, tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan. Mungkin juga aku harus nekad dan tegas dalam mengambil sesuatu keputusan. Mungkin. tapi tak tegas ke aku selama ni... ntahlah. Apa pun.. kehidupan harus diteruskan...
Selamat Ulangtahun buat aku...
kelakarnya. Tak mengapalah monolog untuk seorang aku di sini sahaja....

Best ada orang belanja...

Hari ini.. Abby belanja aku makan di secret receipi... huhuhuhu best. Memang dah lama daa plan nak gi makan-makan ni. Masalahnya dua bulan kebelakangan ni aku begitu sibuk dengan macam-macam tugas luar.

Inilah Abby, mekasih belanja makan.. Lain kali belanja lagi ea :-)


aku ler ni ... dok yumie yummy



Sebenarnya aku ni pemalu orangnya.Hehehehe.. emm tak reti dah nak order apa . Maklum aje lah baru je lepas makan masa rehat kelas tambahan aku tadi. At least aku terasa teringin nak makan yang bersup-sup ni.. so aku pilih vitnaem noodle. Emm macam salah je spelling aku ni. Ntahlah aku tak ingat nama dia. Biarlah gambar ini yang memberikan makna. :-)


Di samping tu aku makan kek, hehehe actually aku order manggo kek, Abby kek coklat, last-last dia yang makan kek manggo aku bedal kek coklat dia hahahaha. Air Abby order watermelon jus sama dengan aku...







Lepas makan-makan kami balik ikut haluan masing-masing. Aku ambik kesempatan ke kedai kek Bake Well.Ingatnya nak buat cup cakes sambut birthday dengan anak-anak murid dan anakandaku. Maklumlah esok ada kelas tambahan. So ambil peluanglah.Hehheehhe... Emmm bila dah berada di Bake Well sembang lak dengan Marlissa isteri tauke kedai kek. Terleka aku. Ingat kejap je di kedai dia so tak lah aku letak kupon parking kete... keluar-keluar je.. Uwakkk kena saman ...apa lagi.. bayar je lah kesalahan sendiri kan. Padan muka aku. Naperlah tak letak kupon parking hanya sekeping 0.60 sen je sekarang dah kena $5.00 denda kompaun. Emm padan muka aku.