Rabu, 26 Ogos 2009

Menu berbuka... alhamdulilah rezeki

Rabu - Puasa ke lima
Jam sekarang menunjukkan pukul 1.10 pagi

MasyAllah.. hari ni memang dah rezeki kot.. menu berbuka puasa sepenuh meja. Seharusnya seperti biasa, kami akan berbuka dengan menu nasi, dan sedikit lauk pauk. Jadinya aku nii seperti biasa masak nasi. Kemudiannya buat sambal sardin, ikan goreng, dan ayam goreng halia. Kira berbuka seadanya dan seringkasnya.

Ayam Goreng Halia


Sambal Sardin



Ikan Kembung Goreng


Tatkala dah selesai memasak, anak bujang ku teringin pula nak makan mee goreng. Memandangkan dan mengenangkan anak bujang berpuasa.. so aku bergegas pula ke kedai membeli perkakas untuk mee goreng. Balik je dari kedai operasi menggoreng mee pun diteruskan lah.. Dalam kepala aku tak mengapa..buat lebih nanti boleh dihulurkan pada jiran-jiran sebelah.

Mee Goreng aku....

Setelah selesai, aku menghulurkan sepinggan di jiran sebelah kiri , sepinggan di depan. Sememangnya bulan puasa rezeki memang murah.. hehehe ada balasan rupanya dari jiran-jiran ku ini. Kak Ton membalas nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar timun, Kak Yah pula popia goreng, dan jiran baru yang belum pun ku kenal nama membalas kuih seri muka.. wah apa lagi penuh meja dibuatnya. Alhamdulilah rezeki. Moga ianya tidak membazir ...


Nasi Tomato dari Kak Ton


Kuih Seri Muka

oklah sekrang dah jam 1.30 pagi... insyallah esok kucatatkan lagi..nak tido jam 4.20 pagi nak bangun masak sahur pula...

Selasa, 25 Ogos 2009

Birthday Ayah

Kerana tidak tahan dengan kerinduan.... lebih-lebih nak merasa air tangan omak.. aku balik kampung juga akhirnya. Tanggal 20 Ogos... tengahari aku bergerak menaiki kereta cherry ku. bersama dengan anak2 je. Hubby tak ikut kali ini..kerana dah janji dengan kawan dia. Apapun dengan izinnya juga aku balik ke Melaka...


Walaupun sebenarnya dalam hati ini sedih.. yealah masakan nak balik kejap je. Nak pose lak tu. Tak pelah.. hubby kata kedai banyak. Gi lah balik. Nanti kempunan pula. Sampai aje di umah mak anak bujang dah menjerit... huh.. wayar ps2 dia tertinggal apa lagi monyok lah.. muncung 2-3 depa. Tulah.. mama dah pesan barang sendiri kemaskan betul2. Nenek dia yang memujuk. Call Pak Ucu.. suruh bawa wayar pak Ucu balik... apa lagi anakanda aku.. senyum selebar pinggan. hehehe. Hajat dihati kesampaian. Pak Ucu bg tahu dia akan balik tp esok lah... huh penantian yang mengharapkan kesabaran.


Malamnya.. aku bawa ayah dan emak.. anak daraku serta si bujang makan ikan bakar. Hehehe di belakang cystal bay. Tempat biasa lah gerai no 3. Tn hj Musa. Kat sini murah dan sodap. Selamat Hari Lahir Ayah. Moga panjang umo murah rezeki.

Isnin, 17 Ogos 2009

KuRaNtiN...

Habislah program aku... kekononnya nak bercuti balik ke kampung, yealah kan sempena sambut ramadhan nak ler jumpa emak dan ayah kat kampung. Tapi hari ini sekolah ku ditutup dan semua warganya harus dikurantinkan. Seorang daripada 3 yang telah diambil sampel didapati positive H1N1. Kiranya perlulah duduk dirumah. Habislah program nak balik kampung niii...uwakkkkkkkk sedihnya. Apapun kenalah jaga kesihatan k.

Dalam hati mulai risau, gejala wabak ini semakin menular. Budak2 yang nak ambik UPSR semakin hampir. Moga-moga mereka dan ahli keluarga mereka berwaspada dan menjaga kesihatan sebaiknya. Moga wabak ini akan dapat dibasmi...

Rabu, 12 Ogos 2009

Lawaking...

Mmmm mentang-mentanglah sekarang di sekolah kami perlu memakai face mask. Yelah sebagai langkah mencegah H1N1. Maklumlah wabak global ini harus diambil berat. Lebih-lebih sekarang ini semakin meningkat. Tiba pagi tadi...rakan sekerja saya terkocoh-kocoh.. nak masuk ke kelas.
Rakan A : Nape awak... terkocoh-kocoh je. Nanti jatuh tangga susah.
Rakan B: Huii dah lewat ni nak masuk bilik bedah... ( sambil membetulkan face masknya ).
Rakan A : ( Tersenyum kambing )
Aku : Hah tak yah risau lah... tadi aku dah bius diorang daa.. pengsan habis. Tak tahu lah dah tersedar daa kot. Dah kau lambat sangat masuk...
Hahaha...lawak je.. Masing - masing macam nak tukar profesion je. Nak jadi doktor lak. Mentang-mentang lah sekarang ni pakai face mask. Lagak mcm doktor le nak masuk dewan bedah. Kah kah kah.

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1

Sejak kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1.

Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak.

Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak dan hidung berair dan kadangkala muntah serta cirit-birit.

Penyakit itu mula merebak apabila mereka yang dijangkiti menggunakan tangan untuk menutup mulut ketika batuk atau bersin, kemudian menyentuh sebarang permukaan, atau bila titisan-titisan air tersebar ke udara. Mereka yang tidak dijangkiti kemungkinan menyedut udara yang sudah tercemar, atau menyentuh tangan mereka yang dijangkiti atau permukaan yang tercemar lalu terdedah kepada penyakit berkenaan.

Oleh itu, bagi mencegah ia daripada merebak, seseorang itu perlu sentiasa mengekalkan kebersihan yang sewajarnya; sebagai contoh, tutup mulut dan hidung setiap kali anda batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu itu segera dan sentiasa cuci tangan dengan sabun antibakteria atau air.


Jika anda sakit atau terdapat tanda-tanda seperti terkena selesema, duduk saja di rumah dan elakkan bersentuhan dengan orang lain, elakkan pergi ke tempat yang dipenuhi orang ramai, tempat awam atau menggunakan kenderaan awam. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut kerana rembesan daripada tempat itu mengandungi virus dan boleh menjangkiti orang lain.


Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:
a. Sukar bernafas atau sesak nafas
b. Bibir berubah menjadi biruSering keletihan atau tidak mampu bergerak
c. Kejang pada bahagian leher
d. Kelihatan keliru
e. Mengalami sawan atau kekejangan
f. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:
i. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
ii. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
iii. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
iv. Sakit dada ketika bernafas
iiv.Bibir berubah menjadi biru
vi. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
vii.Pengsan


Bersihkan tangan bagi mencegah jangkitan H1N1
1. Ratakan sabun ke telapak tangan.
2. Gosok secara menyeluruh sehingga ia berbuih.
3. Sental di antara celah jejari kerana kawasan ini dikenali sebagai ‘tempat paling digemari’ oleh kuman.
4. Sental setiap jari pada tapak tangan sehingga ia bersih.
5. Gosok belakang tangan dan juga pergelangan tangan anda.
6. Akhir sekali, bilas secara rata dengan air bersih dan keringkan dengan kain bersih atau tisu.

Ahad, 9 Ogos 2009

Kem '1 Malaysia'

Sepanjang minggu ini 6 Ogos - 9 Ogos terlibat dengan Kem 1 Malaysia di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Pandan Pahang. (Kem Shah). Wah sememangnya walla.. kem kali ini, khemah yang baru.. kira kami perasmilah khemah ni. Bertuahnye... Khemahnya besar dan selesa.



Kem ini adalah bertujuan untuk mewujudkan perpaduan rakyat Malaysia dan mengetahui adat resam, permainan serta makanan tradisional rakyat Malaysia. Kat sini aku belajar wat kuih tako, dumpling, capati, dan umai. Di sini juga aku mengenali permainan tradisional India Kavadi..ee macam galah gempur je masa main kecik2 dulu. Cuma lelah lah nak sebut kavadi..kevadi...kavadi...



Sarung kuih takoo


Roll capati..



Kuih Dumpling..

Sejenis kuih tradisi di negara China yang selalu dibuat

pada perayaan musim dingin khususnya hari yang ke 15

Masa senam pagi.. possing sikit