Khamis, 23 Oktober 2008

Cerita Cinta

Hari ini aku menerima berita sedih dari seorang sahabat. Barangkali bukan sahaja rakan rapat, sahabat tapi lebih dari itu. Entah apa yang menjadikan aku rapat dengan nya ... kami bagai kan ada chemistry. Mungkin kerna ada keserasian.

Ceritanya barangkali ada kaitan dengan aku. Kami sama-sama membaja sebuah hubungan hingga menjadi sebuah persahabatan yang sukar diungkapkan. Tapi sayang... dia telah berpunya begitu juga sahabatku.

Apa yang telah menjadi masalah padanya ialah masa-masa yang dilalui telah melahirkan dan memutikkan perasaan yang tidak sepatutnya dilahirkan. Dia ingin mengusir perasaan itu jauh-jauh, dengan menjarakkan hubungan namun dia merasa terlalu kerinduan.

Bagaimana yea ingin membantu dia???

Rabu, 22 Oktober 2008

Kenangan Di Malam Itu...

Malam ini waktu dua purnama yang lalu, masihkah kau ingat??

Saat keseorangan dan tika bersendirian sebegini, pastinya terimbau kembali..saat kita bersama di malam hari bahagia dirimu. Terlalu indah dan masih sukar untuk seorang aku percaya bahawa yang berada di situ adalah aku!!!

Setiap detik kita bersama... kata-kata, gerak gayamu...tidak pernah luput dari ingatan ini terniang-niang. Tiada satupun yang hilang. Tiada satupun yang tinggal.

Mungkin saat ini kau sedang bercanda...
Doaku yang agung, moga kau terus berbahagia hingga ke akhir hayatmu, dimurahkan rezeki serta penyambung zuriatmu.


Amin.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tak perlu lagi kau nyatakan...

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama

Itu mungkin sebelum hadirnya dia... barangkali hadirnya dia telah merubah hati dan perasaanmu terhadap diriku.Masihkah ada lagi kemesraan untuk kita kecapi bersama lagi.

Sayang....
Daku benar-benar merindui dirimu...

Rabu, 15 Oktober 2008

Terasing...



Terasing aku di dalam ruang rindu yang kau hadiahkan untukku... seksanya aku menahan rindu ini. Ternilaikah aku dalam dirimu, tahukah dirimu erti rindu yang ku tanggung ini.

Tapi mengapa iyer... sejak kau ada dia, nada mu .. caramu.. seakan sudah berbeza. Masihkah ada lagi lagu kita, rindu kita, pelangi yang sering kita rindu waktu-waktu yang pernah kita kecapi berdua.

Sebenarnya... daku rindu dengan waktu yang kita tinggalkan dulu. Mula dengan perkenalan kita hingga hari terakhir kau memiliki dia. Zalim kah aku... mencemburi kebahagiaan yang sedang kau miliki. Zalim kah aku kerna tidak melepaskan dirimu, sedangkan aku jua sudah ada dia. Zalim kah aku pada DIA.

Barangkali ini semua kerja gila... tapi seperti yang dirimu katakan dulu,
perasaan yang lahir tidak mampu kita bohongi... menyayangi dan menyintai tidak semestinya memiliki. Tapi apa ertinya jika tidak mampu untuk kita miliki... jika telah kita sayangi dan cintai ?????

Catatan Yang Paling Sederhana...

Sekian lama aku tidak mengemaskini blogs ini, Kucuba membolosi nya pada hari ini... terasa begitu rindu. Rasa nya bagai mencengkam sanubari lantas kucuba juga membukanya. Bukan tidak mahu menintakan sesuatu di laman ini... namun peluang yang ada begitu mencemburui seorang aku untuk menyatakannya. Tika dan waktu ini begitu rumit untuk aku mecari ruang, untuk kularakan hati... dan hiburkan jiwa.

Kesibukan yang amat sangat... Tugasan assigment aku juga begitu melambak-lambak sedia menanti... tiada ruang singgang yang bisa aku bolosi untuk melepak sambil menghirup udara segar. Jua mengenangi dirimu...membayangi rasa...

Kutahu, kau kian menjauh dariku... kian meninggalkan duniaku bersama kenangan yang makin kau ingin buang jauh. Salahkah aku... menyatakannya. Mungkin mimpi kita sudah tidak sama.

Tapi Arisya Adleena mengertilah dirimu....

Senyapku bukan bererti hilang
Diamku bukan bererti lupa
Jauhku bukan bererti putus
Kerna
antara kita sudah ada ikatan

sebuah pautan sayang
yang tak bisa...dibuang jauh.