Isnin, 30 Mac 2009

Dalam Diam-diam...

Dalam diam-diam kuukir namamu dihatiku…
Dalam diam-diam kucuri senyummu,
lantas kusimpan dalam jiwaku…
Dalam diam-diam kulukis indah wajahmu,
ku pahatkan didinding hatiku…
Dalam diam-diam kutanamkan rasa sayang untukmu…

Khamis, 26 Mac 2009

Benci Kamu !

Mataku tersilap dek kilau indahmu
Hadir tika di waktu sengggangku
Mula membingkai ilusi di benakku
Tentang hangatnya dalam dakapmu
Indahnya disisimu

Aku seperti bayangmu
dekat namun tak terlihat
kunikmati semua indahmu
bagai senandung yang tak terucap
kerana aku tak pernah ada

Acuhmu patahkan inginku
jeritku tak pernah terdengar
meskipun jiwa berombak
apa bezanya bagimu ?


Aku tak mampu ucapkan apa-apa
Mungkin cukuplah dirimu...
kudapat eratmu dalam mimpiku
ku belai takjub dalam khayalku
kerna kau tak pernah tahu
dan ambil tahu....

Kini...
Aku cuba benci dirimu
Aku cuba benci senyumanmu
Aku cuba benci caramu buatku tertawa
Aku cuba untuk lupakanmu

Tapi...
Aku benci kerana tak mampu berpaling darimu
Aku benci kau yang selalu mempesonaku
Aku benci karena tak berada disisimu
Aku benci semua tentangmu
Aku benci kau yang tak tahu isi hatiku...
Aku benci kau yang tak pernah nak memahami aku !!
Aku benci Kamu !!

Ahad, 22 Mac 2009

SeMaLaM

Meniti hari-hari semalam
Tanpa rindu dibingkai jendela
Tanpa kasih menyulam mimpi
Nyamannya tiupan bayu laut
Terasa bagai mencerca diri
Hiba disulami sepi
Sepi diselangi tangis
Tangis ditemani rantapan
kerna kasih
Tak kesampaian
menoktahkan sebuah cerita...


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Ahad, 15 Mac 2009

Hari ini Yang Membosankan...

Hari ini hari yang membosankan...
Xtau nak buat apa ...
Exam bulan depan
tp tak ada mood nak ulangkaji
bangun awal-awal pagi
tp xtau nak wat ape... huhuhuhu
teringat akan dia..
benci sungguh dia pada aku..
lg nak lupa DIA
lg kuat ingatan aku pd DIA
apa yg perlu aku lakukan...

Masakan nak wat selamber
Pada orang yang dah benci kita??
Uwakkk sedihnya aku
Aku sayang DIA........
Tolong lah ..
JANGAN BENCI AKU ..

Isnin, 9 Mac 2009

NaK tAu ...

Tentang aku....

huhuh hobi baru - fotografi


hehehe kete idaman... camry 2.4G

ni kat ofis aku...


5 word about myself.


1. Garang...

2. Pendiam ( i'm a good listening )

3. helpfuness

4. loyalty

5. humality


3 perkara yang membuatkan aku gelisah
1. Orang tak sayang kita... waaakk :-(
2. Ada duit tapi tak leh nak belanja... :-P
3. Sesuatu yang tidak dapat dilangsaikan dengan baik pastu kena marah lagi.
5 perkara wat aku happy giler
1. Orang sayang kite
2. Orang hargai kite
3. Dapat hadiah....
4. Kejayaan
5. family dan kekawan
Apa yang wat aku nganges...
1. Bila aku sedih lahhhh
2. Bila aku happy sangat pun ngangis gak
Apa yang wat aku marah
1. bila rasa nak marah.... hehehe
5 insan yang paling aku sayang
1. hubby
2. anak-anak
3. emak ayah
4. adik beradik
5. kekawan... emmm kalu u all anggap aku kawan laa...
Hobi aku
1. Memasak - bila gelisah.. suka buat roti.. sbb leh tumbuk doh tu kuat2 hati
2. Jalan-jalan ..window shoping
3. Blogging
4. fotografi - hobi baru
5. Baca novel
Idaman aku....
1. Nak kaya... hehehee
2. Nak cincin white gold ada tulis nama aku dan sebutir belian.. huhuhu..
3. Camry ler..2.4 G
4. Banglo 7 bilik
5. baby twins
6. Kedai roti - kasih @win bakery

Sabtu, 7 Mac 2009

MaRaH... RiNdU... PiLu BeRsAtU...

Pada saat ini.... aku terasa marah.., rindu.., pilu... padamu. Segalanya bersatu...Aku marah pada diriku sendiri, kerna tidak jujur dengan mu. Rindunya aku saat ini ingin mendengar cerita - cerita darimu.. pilu.. kerana kau tidak kisah dengan penyepianku ini. Hanya aku sahaja cuba memujukmu. Puas sudah kata-kata maaf cuba ku hulurkan untukmu. Namun kau kini hanya mentertawakan seorang aku di sini. Pilunya aku kerna kau seksa diri aku.... sedangkan kau juga bersalah. Kau juga tidak jujur dalam persahabatan ini. Kau seksa aku. Tuhan kuatkanlah hatiku dalam menempuhi... hari - hari tanpamu.
Sedang aku... mencatatkan wacana ni.. kekuatan aku hadir tatkala terbaca sebuah cerita yang ku kira menarik. Jom kita kongsikan bersama...
Cerita Paku Dinding...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

iNdAhNyA kEnAnGaN

Tempat yang paling jauh untuk dicapai adalah masa lalu. Sebuah cerita yang ditinggalkan menjadi sejarah. Ada yang indah tidak kurang jua yang perit dan menyakiti hati. Sudah pasti kenangan yang perit bisa di kenang tapi tidak bisa diulang. Setidaknya menginsafi kita agar membina kekuatan diri.
Kenangan semalam akan mengajar kita. Kegembiraan hari ini diwarnakan oleh kekecewaan semalam..Kemenangan hari ini bermula dengan kekalahan semalam...Ketenangan hari ini adalah hasil keserabutan semalam..jadi...Kenapa perlu mengeluh?? Hidup akan bermakna kalau dapat mengatasi semalam..setiap hari pasti akan berlalu..dan akan ada hari yang baru.. Yang pahit itu ubat..yang manis itulah penyakit...

Jumaat, 6 Mac 2009

Nekad



Malam ini.... saat ini... jam ini... tika ini...aku nekad. Mulakan situasi baru.Sememangnya sesalan itu ada... Betapa aku rasa terlalu pilu untuk mengucapkannya..Segala kemaafan ku pohon kepada mu. Meskinpun telah berkali-kali maaf aku pohon.. sms dan kad, namun tiada sepatahpun jawapan dari mu yang ku terima. Aku tak pasti samaada kau sudi untuk memaafkan diriku. Sememangnya aku amat menyayangi perhubungan ini. Terlalu kasih.Terlalu sayang. Barangkali kerana terlalu prasangka padamu menjadikan aku hilang arah. Keseronokkan menjadi orang lain menghairahkan diriku. Mungkin ini balasan untuk aku, kerana mencurigai dirimu. Aku kira kau jua bersalah. Kau jua tidak jujur dalam hubungan ini. Tapi kau hanya menjatuhkan hukuman ke atas ku.Tak adil buatku.

Sepi.... tanpa dirimu. Itulah yang dapat ku nyatakan padamu. Walaupun tika ini kerja yang ada terlalu banyak dilangsaikan. Namun aku bagaikan hilang tumpuan. Saat ini aku hanya memikirkan dirimu..kini jadi nekad jika terlalu berat untuk sebuah kemaafan dan tiada lagi ruang waima di sesuatu sudut kecil di dalam hatimu. Untuk apa lagi aku berada di sini...


Moga hatiku lebih kuat untuk meneruskan hari-hari tanpa kau. Mungkin kau jua telah menguburkan aku tanpa nisan. Aku sudah tiada makna dalam hidupmu. Doaku hanya satu, jika kesalahan itu ada jua padamu...moga satu saat satu ketika kau jua akan menerima hukumannya. Jahat ke aku... mendoakan dirimu sebegitu?? Emm tidak begitu, aku sering mendoakan dirimu bahagia, sihat dan ceria.Huh....... rawannya hatiku.Moga aku akan terus kuat dalam menghadapi hari-hari tanpamu. Moga tuhan.. kau gagahkan hatiku segagah akar-akar pokok yang menjunam ke bumi...

Terima kasih sayang... atas rasa kasih dan sayangmu... ketahuilah sayangku lebih dari sayangnya dirimu padaku. Moga kau akan lebih menghargai rasa kasih dan sayang yang hadir dalam hidupmu. Terima kasih kerana hadirnya dirimu telah memberikan aku kebahagiaan dan nilai sebuah sahabat.Terima Kasih atas harga persahabatan kita yang kau labelkan......
~Adleena Arisya~

Usah Kau Lihat Pada Pohon Nan Gagah,
Lihatlah Pada Akarnya,
Yang Menunjang Ke Dalam Tanah,
Yang Patah Akan Tumbuh,
Yang Hilang Akan Berganti,
Yang Usang Akan Roboh,
Yang Baharu Akan Menanti,
Usah Dihiraukan Perubahan Zaman,

Hari ini Rimba,
Esokkan Menjadi Taman...

Khamis, 5 Mac 2009

SaYaNg... RiNdU kAmU...

eNtaH mEnGaPa SaAt iNi aKu BeGiTu rInDu KaMu....

Rasanya baru je kita berkenalan..
Rasanya baru saje kita bermesra di YM
Rasanya baru saje kita bermesra...
Rasanya baru saja kita bermain buih-buih ombak bersama
Rasanya baru saja kita menonton wayang bersama
Rasanya baru saje kita makan bersama
rasanya baru saje kita bersua

rindunya aku padamu

dengan senyapnya dirimu
dengan membisunya dirimu
tolong lah
jangan dera aku...
dengan rasa bencimu padaku....

Ahad, 1 Mac 2009

Kau Ku Rindukan....

Telah lama ku pendam rindu
Dalam diamku
Menantikan ucapan
Mesra darimu
Hingga kini kau membisu
Seribu kata
Mata bertentang Mata
Oh... ku gelisah
Kini kau berjauhan
Seribu perjalanan
Hati merintih sedih
Tiada berairmata
Kian ingin kau ku lupakan
Kian kau ku rindui
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Hidupku kian hampa
Semenjak perpisahan
Hilang tanpa berita
Rindu pada mu jua
Di mana ku cari ganti
Serupa denganmu
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Hilang bertahun lama
Kau ku rindukan
~Ginger Bread~
Mengenalimu satu rahmat buatku. Satu pengajaran yang paling berharga untukku. Terima kasih atas perhubungan yang kau hulurkan. Aku bersyukur yang amat. Sepanjang mengenalimu... sepanjang mengenalimu, kau banyak memberiku arah penjalanan. Sememangnya kini aku tak pasti,adakah hubungan ini telah berakhir... kerana kesilapanku. Namun sedarkah dikau atas kesilapan yang juga kau lakukan..????
Baru kini ku sedari, perhubungan ini begitu meterialistik bagi dirimu. Nilai kasih dan sayang yang selama ini aku curahkan hanya sia-sia sahaja. Ketahuilah dirimu... aku begitu menyayangimu, setulus dan seikhlasnya. Malangnya, kau tidak pernah menghargainya. Terima kasih teman.... barangkali hanya aku sahaja yang terlalu menghargai dirimu.
Jika benar, aku undur diri. Biar... dengan pemergianku ini... dapat kau berfikir secara tenang dari api kemarahan yang membara dirimu saat ini.... Aku sayang kamu, walau seribu kebencian telah kau letakkan di hatimu terhadap diriku. Mungkin berbakul-bakul sumpah seranah kau tujukan buatku. Terima kasih teman.
Sebelum aku berlalu... Maafkan diriku...Adakah hari esok untuk kita bersua lagi??? Tiada secebis sayang kah dirimu terhadap ku??? Benci sangatkah dikau terhadap diriku.??? Nyatakanlah kepada ku. Katakanlah kepada ku... yang kau benar-benar membenci aku !!!! Terima kasih atas segalanya. Halalkan kasih sayang, masa, serta apa jua yang telah kau hulurkan. Aku tahu.... tiada kebendaan yang menjadi tanda persahabatan antara kita waima sekuntum bunga. Hanya aku sahaja terlalu menyayangi dirimu. Aku doakan semoga kau berbahagia di sisinya. Ketahuilah aku sayang kamu...selamanya..
Izinkan aku berlalu..
~Adleena Arisya~
Aku merangkak dalam gelap
Benarkah di kau ada di sana?
Wajahmu begitu samar dari sini...
Entah, benarkah kau yang berada disana..
Atau hanya bayanganmu semata yang sedang bermain di benakku??
Kau tahu aku bukan sedang tersenyum
Sebab dalam dadaku
Sesak dengan tangisan pilu
Sesak dan terisak-isak
Zalimnya kau...
kerna pura-pura tidak tahu
wajahku jua tangisku..
Ya ! Aku jatuh cinta !
Terima kasih atas rindu ini...
Inilah makna cinta yang kau tanya

Flying without the wings

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You find it in the strangest places
Places you never knew it could be
Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you found that special thing
You're flying without wings
Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry
You find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings
So impossible as they may seem
You've got to fight for every dream'
Cause who's to know
Which one you let go
Would have made you complete
Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place
It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings'
Cause you're my special thing
I'm flying without wings
And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings