Jumaat, 6 Mac 2009

Nekad



Malam ini.... saat ini... jam ini... tika ini...aku nekad. Mulakan situasi baru.Sememangnya sesalan itu ada... Betapa aku rasa terlalu pilu untuk mengucapkannya..Segala kemaafan ku pohon kepada mu. Meskinpun telah berkali-kali maaf aku pohon.. sms dan kad, namun tiada sepatahpun jawapan dari mu yang ku terima. Aku tak pasti samaada kau sudi untuk memaafkan diriku. Sememangnya aku amat menyayangi perhubungan ini. Terlalu kasih.Terlalu sayang. Barangkali kerana terlalu prasangka padamu menjadikan aku hilang arah. Keseronokkan menjadi orang lain menghairahkan diriku. Mungkin ini balasan untuk aku, kerana mencurigai dirimu. Aku kira kau jua bersalah. Kau jua tidak jujur dalam hubungan ini. Tapi kau hanya menjatuhkan hukuman ke atas ku.Tak adil buatku.

Sepi.... tanpa dirimu. Itulah yang dapat ku nyatakan padamu. Walaupun tika ini kerja yang ada terlalu banyak dilangsaikan. Namun aku bagaikan hilang tumpuan. Saat ini aku hanya memikirkan dirimu..kini jadi nekad jika terlalu berat untuk sebuah kemaafan dan tiada lagi ruang waima di sesuatu sudut kecil di dalam hatimu. Untuk apa lagi aku berada di sini...


Moga hatiku lebih kuat untuk meneruskan hari-hari tanpa kau. Mungkin kau jua telah menguburkan aku tanpa nisan. Aku sudah tiada makna dalam hidupmu. Doaku hanya satu, jika kesalahan itu ada jua padamu...moga satu saat satu ketika kau jua akan menerima hukumannya. Jahat ke aku... mendoakan dirimu sebegitu?? Emm tidak begitu, aku sering mendoakan dirimu bahagia, sihat dan ceria.Huh....... rawannya hatiku.Moga aku akan terus kuat dalam menghadapi hari-hari tanpamu. Moga tuhan.. kau gagahkan hatiku segagah akar-akar pokok yang menjunam ke bumi...

Terima kasih sayang... atas rasa kasih dan sayangmu... ketahuilah sayangku lebih dari sayangnya dirimu padaku. Moga kau akan lebih menghargai rasa kasih dan sayang yang hadir dalam hidupmu. Terima kasih kerana hadirnya dirimu telah memberikan aku kebahagiaan dan nilai sebuah sahabat.Terima Kasih atas harga persahabatan kita yang kau labelkan......
~Adleena Arisya~

Usah Kau Lihat Pada Pohon Nan Gagah,
Lihatlah Pada Akarnya,
Yang Menunjang Ke Dalam Tanah,
Yang Patah Akan Tumbuh,
Yang Hilang Akan Berganti,
Yang Usang Akan Roboh,
Yang Baharu Akan Menanti,
Usah Dihiraukan Perubahan Zaman,

Hari ini Rimba,
Esokkan Menjadi Taman...

Tiada ulasan: