Selasa, 15 September 2009

Adakah kita haiwan kelompok MALAS ??

Sebuah ahli sufi pernah berkata :
Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.

Nak KENYANG tanpa MAKAN.
Nak KAYA ( cepat ) TANPA bekerja ( kuat )
Nak berjaya tanpa berusaha.
Nak pandai tapi tak suka exam
Nak bercinta tapi tak suka risikonya
Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu ) –
Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima cadangan
dan tidak suka menerima tanggungjawab.

sumber :http://jinggo-ecokid.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

Mai kita fikir-fikirkan...

Ahad, 13 September 2009

New Semester...Study Weii

Pagi tadi.., aku ke Shahputra Kuantan untuk mengambil modul bagi semester September... wah duiii buku dia masyaAllah.. tebal giler tulisan lak kecik-kecik huh memang juling biji mata aku ni...3 modul yang dapat hari ini..

Models Of Teaching
Qualitative Research For Education
Statistics For Educational Research


Harapan moga impian untu lulus cemerlang di semester kan tercapai.. Amin

Jumaat, 11 September 2009

C.I.N.T.A dan S.A.H.A.B.A.T


CINTA
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerna disebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Yang pastinya merentap kedamaian jiwa,
Tatkala ikatan diundang kekecewaan,
Melelehkan air mata... meratap merana
kerana CINTA

Namun adanya cinta...
sememangnya indah segalanya...
Tidak mampu untuk dilakonkan..
Tak tahan menanggung rasa rindu
kerinduan yang mendalam
tika kejauhan..
Tika keseorangan buat tersenyum keriangan
Tatkala mengenangkan ulitan CINTA
yang mempersonakan



PERSAHABATAN...
Satu ikatan yang lahir dari hati,
Keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang, serta keakraban,
Sesungguhnya, sahabat tempat berbicara setulusnya,
Tentang impian dan pengertian hidup ini.
Persahabatan yang murni dan suci,
Adalah sebuah perhubungan yang disulami benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sejati,
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan.

Kawan,Teman, Sahabat,
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku ini,
Sejak perkenalan kita.
Kita bina tugu persahabatan,
Di pagari besi kedewasaan,
Yang teguh megah dilaman hati kita,
Apapun yang bakal terjadi..atau akan terjadi

Hanya satu pintaku,
Agar dikau sentiasa mengingati diriku.
Kenangilah daku dalam doamu....


Ikan Bakar Ana Petai

Semalam..

Aku sekeluarga berbuka di Ikan Bakar Ana Petai di Tanjung Lumpur Kuantan.... huiii orang penuh. Memulanya aku cuba booking New Horizon, malangnya full house... ada syarikat buat event kat situ.. mungkin belanja staff berbuka. Aku try pula call Ikip Catering juga full. Huh ramai benar ari ni orang keluar makan.

Akhirnya aku berbuka di Ikan Bakar Ana Petai... Aku rasa ok lah...menu yang aku order ikan siakap masak stim, tomyam campur, sotong celup tepung, telur dadar, dan air carrot tapi hubby aku cakap aku masak lagi sodaappp..sebab tu dia lebih suka makan kat rumah bulan-bulan pose ni dari kat kedai. Wah, kembang lak hati aku ni !!! hehehe saja je tu nak ampu ni..

Balik sememangnya kepenatan yang amat sangat.... terus saja tidoo zzzZZZZ...walaupun keje banyak nak diselesaikan. Tapi mata ini sememangnya bagai tak boleh nak di buka... Memang tak dape nak nolong nyer.. apa lagi upah nyer tido ler..

Selasa, 8 September 2009

Exam UPSR bermula...


Hari ni semua pelajar tahun Enam... menduduki peperiksaan UPSR 2009. Alhamdulilah.. akhirnya tiba jua saat-saat kemuncak bagi mereka. Aku tidak dapat bersama-sama mereka pada kali ini kerana terlibat sebagai ketua pengawas UPSR 2009 di CK004.

Seperti tahun lepas... malahan setiap tahun sejak aku terlibat dengan pelajar tahun 6 ni...secara langsung dan tidak langsung..

PeSaNaN teLaH dIsaMpaIkaN,

TuJuAn TeLaH PuN dIjeLaSkAn


StRaTegi juGa TeLaH dISuSuN


TiNdAkaN jUgA TeLaH DiAtuRkan..


Semoga kalian dilapangkan segala tugasan dipermudahkan untuk menjawab... Amin.