Selasa, 28 Julai 2009

Duit Baru RM50 huhuhu


Duit .. duit di mana kau duit.. huhuhuhu...
Kelakar tengok gelagat kenkawan tatkala melihat duit RM50 yang baru. Ada yang sedikit
Blur ~ ee duit apa ni..
Excited ~ kira macam orang pertama tengok.. pegang . Sedangkan aku dah dapat dah duit ni masa hari raya tahun lepas. Hehehe duit raya dari hubby.
Tukang Gelak ~ Tengok gelagat kenkawan tatkala duit tu aku kata tak laku..
hehehe aku kata tak nak bak mai..bg aku.

Selasa, 7 Julai 2009

Sepi. itu indah ???

Benarkah sepi itu indah ?? Melihat ruang-ruang di dalam hati serasa seperti separuh diisi dan separuhnya kosong. Apakah isi dalam hati boleh disamakan dengan teori 'gelas separuh kosong atau separuh penuh'? Insan yang positif melihat gelas sebagai separuh penuh. Berbeza dengan pemikiran yang negatif yang asyik punya pemikiran yang gelasnya masih lagi separuh kosong. Tiada kemajuan....
Alhamdulilah... syukur. Sebetulnya hati ini sememangnya sudah berisi..Ruang untuk aku menilai kesilapan diri. Fitrah manusia sememangnya memikirkan diri sendiri adalah yang terbaik.
Sepi !!
Tika merenung sepi.. berteleku di jendela kehidupan. Mengulang tayang segala memori hidup. Pahit, manis, jerit perih, payah.. pelbagai rasa.Tersenyum tatkala terasa mesra menyapa ingatan. Baru aku tersedar... sebenarnya dah lama sedar. Banyaknye dosa-dosa aku... Ya Tuhan Ampunkanlah segala dosa-dosaku.
Kerna mengikut naluri hati. Aku rebah lagi... merangkah pelahan-lahan kembali cuba gagahkan diri untuk bangkit dan berjalan lantas berlari kembali. Aku perlu gagah. Tuhan kuatkan semangat dan jiwaku.. agar mampu ku hadapi segala dugaanMu kepadaku.
Moga sepi ini akan memberi daku ruang untuk berfikir. Ruang untuk mengusir kesakitan itu pergi. Masa yang berlalu bagaikan formula mujarab bagi mencipta rindu... Masa mungkin terlalu pantas.. berlalu...
Takutnya aku untuk hadapi hari esok. Bersediakan aku... Ya Allah..berikanlah aku kekuatan, keimanan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian dariMu.
Sukarnya untuk
Membuat satu keputusan
membuat satu kepastian
Bukan tidak mampu
untuk memilih
antara impian dan angan-angan
antara mimpi dan kenyataan
aku hanya terperangkap sendiri
dalam dunia yang aku cari
mengerti rasa pedih memilih
antara cita dan cinta
aku tahu
silapku mencipta
rasa yang berbeza
bersama harapan mereka
aku mahu cita
aku mahu cinta
aku mahu keduanya
Tamakkah aku... yang bergelar manusia ...!!!

Ahad, 5 Julai 2009

Kem Tango, Tanjung Gosong

Sekali lagi aku bertugas sebagai jurulatih di Kem Tango, Tanjung Gosong. Huh agak memenatkan juga. Maklum sahaja lah habis kem motibasi aku... dan bersambung pula dengan kerja aku sebagai penceramah LADAP.. letihhnyerrr.... Cuma masalahnya badan ni tak kurus-kurus jugak.. heeheheh
Pengalaman berada di sini agak menyeronokkan aku juga. Pelbagai aktiviti bagi pentauliahan pangkat kepada pelajar khususnya. Setidaknya pengalaman ini sememangnya tidak mampu dibayar...
Sepanjang aku berada di sini, terpegun aku seketika dengan ciptaan Allah.. tatkala melihat pelanduk dua serupa., Huh sebijik macam teman tapi mesra aku.. waktu dulu. Senyum dia, gaya dia, mememang sebijik.. huh membuatkan hati aku berdebar-debar....eee berdebar ke?? ntahlah.
Bila terpandangkan wajahnya... aku merasakan diri ini seolah - olah gagal... ntahlah kenapa perasaan dan rasa itu jadi begitu. Sungguh menujakan.