Ahad, 5 Julai 2009

Kem Tango, Tanjung Gosong

Sekali lagi aku bertugas sebagai jurulatih di Kem Tango, Tanjung Gosong. Huh agak memenatkan juga. Maklum sahaja lah habis kem motibasi aku... dan bersambung pula dengan kerja aku sebagai penceramah LADAP.. letihhnyerrr.... Cuma masalahnya badan ni tak kurus-kurus jugak.. heeheheh
Pengalaman berada di sini agak menyeronokkan aku juga. Pelbagai aktiviti bagi pentauliahan pangkat kepada pelajar khususnya. Setidaknya pengalaman ini sememangnya tidak mampu dibayar...
Sepanjang aku berada di sini, terpegun aku seketika dengan ciptaan Allah.. tatkala melihat pelanduk dua serupa., Huh sebijik macam teman tapi mesra aku.. waktu dulu. Senyum dia, gaya dia, mememang sebijik.. huh membuatkan hati aku berdebar-debar....eee berdebar ke?? ntahlah.
Bila terpandangkan wajahnya... aku merasakan diri ini seolah - olah gagal... ntahlah kenapa perasaan dan rasa itu jadi begitu. Sungguh menujakan.

Tiada ulasan: