Ahad, 31 Mei 2009

Waktu-waktu mengila kepiluan...

Pengajaran untuk hari ini...

Kadang kadang rasa sebal bila kita menangis sebab benda benda yang remeh. Rasa macam tak berbaloi berdukacita sebab benda kecik. Small things tapi nangis beria.Macam kanak kanak yang menangis sebab aiskrim jatuh atas tanah masa lari lari. Padahal sekarang ni dah semakin tua. Dah jadi mak orang. Maknanya kena la berperangai yang mencirikan kita dah semakin dewasa.
Aku percaya, walau aku sedih menangis sbb hal hal remeh macam ni, masa akan datang nanti aku akan gelak sorang sorang mengenangkan kebodohan dan keemosionalan aku masa kini. At least, aku ada benda yang boleh aku ingal pasal zaman silam bila aku dah tua nanti.
Lumrah kot orang perempuan ni kena dapat apa yang dia nak. Apa yang aku teringin, aku mesti nak jugak. kalau tak dapat aku mesti kecik hati. oh hell yeah, aku mmg suka tendang2 dinding dan hempas hempas pintu kalau tak dapat benda yang aku hajatkan. Kesian hubby dapat isteri macam aku kan... tapi aku tak pernah pun tunjuk pada dia. Hanya menangis sorang-sorang. Masa ini aku lebih suka mop lantai... Aku mop dan mop berkali-kali sampai aku sendiri penat. hahaha benggong kan. Kekononnya biar orang tahu lantai tu sebasah hati aku.
Aku susah nak terima kenyataan bila mana aku sepatutnya harus menelan ketewasan aku untuk memilik sesuatu dan sudah tentu, tiada kata kata yang boleh aku gunapakai kan bila aku mula bergelumang dgn suasana kehilangan. Huhh aku rindu dia...preggg.

Khamis, 28 Mei 2009

Kenangan terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidup
Yang t’lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah….


Semoga pertemuan kita buat kesian kalinya ini… merupakan satu lagi kenangan buat kita. Rindunya aku pada dirimu saat ini, hanya tuhan sahaja yang tahu. Pertemuan singkat kita tika ini tidak aku gunakan yang sebaiknya mungkin kerna itu aku tidak puas berjumpa dengan mu perasaan itu ujud. Melepaskan rindu yang tebal di dada. Barangkali kerna kelelahan tugas yang sedang aku jalankan saat ini. Barangkali pertemuan yang tidak berapa dirancang ini… saja kau temukan.

Ntah mengapa… namamu sering saja di bibirku.. kepala otak ini sering terpancar wajahmu..Bagaikan LCD memancarkan wajah-wajahmu. Cerita – cerita kita terpacar dari satu babak ke satu babak. Bagaikan satu naskah teater. Huh… rindu kah namanya tu. Tapi rindukah di kau pada seorang aku di sini ????? RINDUKAH dikau?? Ntah-ntah ingatpun tidak kan. Emmm memang aku rasa kau tidak ingat. Kerna tiada satu ucapan yang aku terima. Baik di ulangtahun persahabatan kita, apatah lagi di hari guru ari tu… di hari jadiku. Pasti kau lupa dan tidak ingat. Emm kasihkah namanya itu???

DI MANAKAH NILAI PERSAHABATAN KITA YEA??? HARGAIKAH DIRIKAU AKAN DIRIKU DI SINI…..ntahlah…… biar masa sahaja yang menentukan. Bagiku sebagai seorang sahabat, teman, dan segalanya bagimu akan sentiasa mendoakan agar dirimu dilindungiNya serta dikasihi dan disayangi insan-insan di sisimu. Amin.

Rabu, 27 Mei 2009

Happy anniversary to me and hubby

Happy Annivarsary My Dear...



Semoga perhubungan ini lebih romantik dan manja dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar dari sehari ke sehari. Moga kita tabah dan sabar dalam hadapi hidup di dunia dan akhirat. Daku bahagia bersama mu sayang.... 14 tahun sudah kita bersama...

Sabtu, 23 Mei 2009

Mei

1Mei

Yahoooo cuti... aku nak kemas umah. Kononnye nawaitu asalnya. Last-last dok jalan-jalan dengan hubby dan anak-anak. Makan-makan di Teluk Cempedak. Tiada apa pun yang istimewa.
2 - 3 Mei
Bertugas sebagai urusetia bahagian data dan pengiraan markah di Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri yang diadakan di SMK Sg Soi, Kuantan. Kiranya tiada cuti aku lagi untuk minggu ni... wakkkkk !!!
11 - 12 Mei
Perkhemahan Kem Teruntum PKG B di Taman Pertanian Sultan Hj Ahmad Shah, aku sebagai fasilitator untuk kali ini.. biasa saja. Tiada yang luar biasa.

Berakhir April

Lama jua aku tak mengadap pc bagi mencatatkan ruang hati yang dulunya menjadi gilaan aku. Entah mengapa sesuatu yang menghangatnya seolah tidak lagi terasa... Ntah di mana yea ilangnya semangat dan ilham yang ada. Mungkin 2 bulan berlalu dengan xtvt yang begitu padat.

Oklah aku kali ini aku kongsikan cerita apa yang telah berlaku selama 2 bulan aku tinggalkan blog. Tp dimana yea harus aku mulakan........????




Aku mulakan mulai 20 April, aku berangkat ke Pulau Kapas berkursus sela

ma seminggu di sana. Bermula pengalaman pertama buatku, jejakkan kaki di Pulau Kapas, Marang Trengganu ni buat ulung-ulung kalinye. Kursus berjalan seiring dengan itu juga aku mengambil kesempatan mencandat sotong. Huh, ni jua pengalaman. Mana taknyer aku tak pernah menyewa bot hanya untuk mencandat sotong yang hanya dipenuhi oleh 9 kaum hawa dan seorang je kaum adam. Agak malang barangkali kerna cuaca pada malam kami menyewa agak berangin. Orang nelayan kata 'laut kocah', maksudnya berombak lah sikit. Bagi diorang itu perkara biasa aje. Tapi bagi aku dan kekawan diorang tak pasti. Malahan masa nak turun ke lat ada nelayan yang menghantar di jeti mengatakan.. mcm sejam je tahan tu pun tak tahu lah... hahahaha... memang betul pun. masa nak pergi punyalah bergaya di atas bot. 25 minit perjalanan seorang demi seorang mulai mabuk dan memberi sotong 'makan'. Aku sempat juga henjut penyandat sotong beberapa kali... tapi sotong tak naik pun. Mulalah bintang - bintang di langit berkelip - kelip... hahaha akhirnya aku juga memberi sotong ' makan'. Mahal sungguh nak bagi sotong makan.. RM 500.00 tau sejam. Sebenarnya itulah kenangan yang tiada harga untuk dibayar.

Tak puas mabuk pada malam tu, petang keesokkan pula gi snokling pulak. Emm taklah secantik macam di Pulau Perhentian karang lautnyer. Namun ikan-ikan dia tetap manja. Lebih-lebih bila diberi upah roti. sukanyer... hilang mabuk sotong semalam. hehehehe. Hilang rasa pening lalat candat sotong yang tak dapat walau misainye...

Habis seminggu di Marang, balik- balik sahaja terima surat lagi ke perkhemahan Pandu Puteri Tunas Negeri di Pantai Balok. Huh.. pantai lagi.. wah itam ler kalor muka aku ni... dah lah seminggu di pulau ni seminggu lak di pantai. Tiada yang menarik yang dapat dikongsikan di sini, memandangkan aku bukanlah ahli Pandu Puteri Tunas, tapi sekadar membantu bahagian dokumentasi sahaja. Yang menarik semasa kem Pandu Puteri Tunas... emm dah tentu gambar ni :-