Sabtu, 23 Mei 2009

Berakhir April

Lama jua aku tak mengadap pc bagi mencatatkan ruang hati yang dulunya menjadi gilaan aku. Entah mengapa sesuatu yang menghangatnya seolah tidak lagi terasa... Ntah di mana yea ilangnya semangat dan ilham yang ada. Mungkin 2 bulan berlalu dengan xtvt yang begitu padat.

Oklah aku kali ini aku kongsikan cerita apa yang telah berlaku selama 2 bulan aku tinggalkan blog. Tp dimana yea harus aku mulakan........????




Aku mulakan mulai 20 April, aku berangkat ke Pulau Kapas berkursus sela

ma seminggu di sana. Bermula pengalaman pertama buatku, jejakkan kaki di Pulau Kapas, Marang Trengganu ni buat ulung-ulung kalinye. Kursus berjalan seiring dengan itu juga aku mengambil kesempatan mencandat sotong. Huh, ni jua pengalaman. Mana taknyer aku tak pernah menyewa bot hanya untuk mencandat sotong yang hanya dipenuhi oleh 9 kaum hawa dan seorang je kaum adam. Agak malang barangkali kerna cuaca pada malam kami menyewa agak berangin. Orang nelayan kata 'laut kocah', maksudnya berombak lah sikit. Bagi diorang itu perkara biasa aje. Tapi bagi aku dan kekawan diorang tak pasti. Malahan masa nak turun ke lat ada nelayan yang menghantar di jeti mengatakan.. mcm sejam je tahan tu pun tak tahu lah... hahahaha... memang betul pun. masa nak pergi punyalah bergaya di atas bot. 25 minit perjalanan seorang demi seorang mulai mabuk dan memberi sotong 'makan'. Aku sempat juga henjut penyandat sotong beberapa kali... tapi sotong tak naik pun. Mulalah bintang - bintang di langit berkelip - kelip... hahaha akhirnya aku juga memberi sotong ' makan'. Mahal sungguh nak bagi sotong makan.. RM 500.00 tau sejam. Sebenarnya itulah kenangan yang tiada harga untuk dibayar.

Tak puas mabuk pada malam tu, petang keesokkan pula gi snokling pulak. Emm taklah secantik macam di Pulau Perhentian karang lautnyer. Namun ikan-ikan dia tetap manja. Lebih-lebih bila diberi upah roti. sukanyer... hilang mabuk sotong semalam. hehehehe. Hilang rasa pening lalat candat sotong yang tak dapat walau misainye...

Habis seminggu di Marang, balik- balik sahaja terima surat lagi ke perkhemahan Pandu Puteri Tunas Negeri di Pantai Balok. Huh.. pantai lagi.. wah itam ler kalor muka aku ni... dah lah seminggu di pulau ni seminggu lak di pantai. Tiada yang menarik yang dapat dikongsikan di sini, memandangkan aku bukanlah ahli Pandu Puteri Tunas, tapi sekadar membantu bahagian dokumentasi sahaja. Yang menarik semasa kem Pandu Puteri Tunas... emm dah tentu gambar ni :-

Tiada ulasan: