Khamis, 16 April 2009

SEPI...

Bibit kemesraan menghukum fikiran
Cuba untuk ku melupakan
tapi sering tergoda akan wangian bunga kerinduan
Rendang kasihmu
Sekilas Cuma
Redup belaianmu Tidak terkata
Cintamu harum semerbak kemboja
Seindah nian menelan
kelam

Bawa dirimu Jauh dariku
Bukan ini pinta hatiku
Tapi takdir Tuhan Yang Satu
Maafkan diriku
Doakan ku tenang
Berteman sepi tanpamu sayang
Bersama tangis kerinduan
Melawan gelora keinginan
Ku tahu segalanya mungkin

Kini ku pasti
Sirih tak akan pulang ke gagang
Janji terlerai tak lagi dipegang
Wajahmu terus jauh melayang
Jalinan kenangan terungkai hilang
Cukuplah hanya
Untuk kali ini
Kerna ku tahu ku hanya mengejar bayang...

Takziah ...

Ina lillah... Takziah buat Suriati Said atas pemergian nenda tersayang pada hari ini 16 April dan juga takziah buat Salmiah Ayob atas pemergian ayahanda ke rahmatullah pada Ahad 12 April baru-baru ini... Kita sedekahkan al-Fatihah buat mereka. Semoga mereka berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
Insyallah... selepas ini kita juga akan menyusul.. Bila, bagaimana , di mana hanya Allah swt sahaja yang mengetahuiNya.

Ahad, 12 April 2009

YES !!! JOHAN

Hari ini sememangnya kepenatan dengan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Aku antara mereka yang sibuk. Hehehe lebih-lebih lagi sebagai ketua rumah sukan - SATRIA. Namun... kerana kegembiraan, kebanggaan dan kejayaan ini ingin dikongsikan bersama. Ku ambil kesempatan ruang yang singkat bagi mencatatkan saat - saat bersejarah ini. selama 2 minggu bertungkus lumus melatih serta membuat segala persiapan akhirnya berbaloi. Yes Rumah Satria Johan. Setelah sekian lama tidak merangkul kejayaan. Rasanya hampir 4 tahun Satria tidak merangkul Johan. Yes ! Berkat usaha aku, rakan-rakan serta anak-anak didikku yang berusaha keras mendapat kejohanan ini. Huh berbaloi rasanya kata-kata perangsang yang diberi.
Sempat possing...
cun jugak kan walau tak sempat makeup

Tahniah Nur Arissa kerana mendapat olahragawati sekolah. Huh dari rumah mana...?? Dah tentunya Satria. Peserta tark tali lelaki Tahap 1 dan Tahap 2 juga berjaya memperolehi emas. Yes... gagah perkasa bagai satria terbilang.


Sabtu, 11 April 2009

Teman Lama...

Wah sungguh tak disangka... dengan adanya perkembangan teknologi maklumat ini akhirnya berjaya juga aku 'bersua' di maya sahabat, kawan dan teman tapi mesra.. hampir kelam sudah warna ingatan tentang peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui bersama. Entah bagaimana yea mengenali dia... hehehe tak mengapalah.. dah 20 tahun ianya berlalu..
Bangganyer bila mengetahui Dia lelaki yang pernah hadir di zaman-zaman sekolah... telah menjadi antara orang yang berjaya. Dia sememangnya bertuah..sering berjaya dari zaman persekolahan, Universiti dan pekerjaan dan juga hidup. Alhamdulilah...dan tahniah Nash atas anak yang ke lima.
Cemburunya aku !! Cemburu dengan kejayaan yang telah kau miliki. Cemburu dengan anak yang ramai.. :-) Sememangnya dari dulu lagi aku memang cemburu dengan kamu. Kejayaan sememangnya sering menjadi milikmu. Mungkin atas berkat usaha yang sungguh-sungguh. Dan sebagaimana yang kau katakan.., tulah qada dan qadar yang telah tertulis.
Semoga kejayaan demi kejayaan akan menjadi milikmu. Semoga akan menjadikan dirimu seorang insan yang sering bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakanNya kepadamu. Alhamdulilah...Semoga persahabatan ini tidak berakhir.

Selasa, 7 April 2009

Kesibukan Tahap Gaban....

Tak banyak yang hendak dan dapat dicatatkan disini. Seharusnya aku perlu menukar posisi. Saat ini aku ingin kongsikan perihal aku sendiri. Bulan ini begitu padat dengan pelbagai aktiviti. Kelelahan di buatnyer... Huhuu mengalahkan menteri pula. Menghadapi tempoh peralihan kuasa baru, sememangnya banyak yang perlu dilakukan... semuanya in urgent. Huh meletih !!!
Petang ini still have jemputan. Nak menolak... tak sampai hati pula. Tak mengapa. Moga Tuhan memberikan aku sedikit idea, pemikiran yang waras, tenaga dan juga kesihatan yang baik. Ilmu harus dikongsi. Tidak begitu??? Esok dan lusa akan mula acara-acara awal sukan. 2 hari setelah 2 minggu penat lelah berlatih. Harap2 cuaca esok baik je. Kulit muka masing - masing dah naik gelap dan hangus dibuatnyer. Huhuuhu.. tahun ini tahun glamour. Aku as a kapten in Satria Team... Wah sememangnyer kemenangan yang diingini... Hidup Satria !!
Lepas habis je sukan, mula pula minggu PPDa. Hahaha sememangnyer tiap2 tahun aku lah 'penagih tegar' pembuat pgram2 utk minggu PPDa. Malangnyer tak kurus kering lagi... Habis minggu PPDa..jadi pula hakim kawat kaki kadet negeri... Wah... berjemur lagi..emmm bila lah nak putih balik gini !! hehehe mula lah perasan macam lah dia ni putih kan... :-P
Minggu seterusnya... berkursus di Pulau Kapas. Sambil2 rehat2 kan minda. Seminggu akan dihabiskan di sini. Kemudian... memerah isi kepala otak ini menjawab soalan exam. Paper psychology menanti... Ahak ! Sememangnya saat ini aku kena di 'saiko'. Terbayang-bayang wajah Dr Rita Ghous.. Teringat pesanan Dr Lam... Read, read, read and read... Adus !!! Sememangnya sibuk tahap gaban niii !!! Bencinya baca teori ini... namun apakan daya...kerna terpaksa... read , read and read...ahah...senyum jer Dr Lam.. :-)
Oklah nanti aku catatkan lagi citer2 yang leh aku kongsikan. Buat masa ni, izinkan aku pergi dulu... Doakan kesejahteraan dan kejayaan mengiringi kita semua. Semoga kita semakin bersabar dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Amin....Tungguuuuu catatan seterusnya. Love u all..

Khamis, 2 April 2009

Kata-kata Yang Pernah Terucap...

Ingatkah dikau akan kata-kata yang pernah terucap... kurakamkan di sini sebagai kenangan aku. Biar ku simpan di lubuk hati... ku pahat menjadi memori. Moga masih lagi kau ingat....


Sayang
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik
di dunia ini tidak boleh
dilihat dan dipegang
namun begitu,
ianya boleh dirasai di hati..
Kerna itu...
Aku takut untuk kehilanganmu
Sememangnya kini, aku telahpun kehilangan dirimu. Kerna kekhilafan dan kesilapanku yang mungkin tak mampu untuk kau maafkan lagi. Mungkin tiada kata maaf dalam kamus hidupmu. Tak mengapa, mestipun pahit untuk ku terima aku redha, setelah berkali-kali.. kata maaf kuhulurkan. Terserah pada dirimu.
Seminit untuk ayang mengenalimu
Sejam untuk ayang menghargainya
sehari untuk menyayangi abang
dan
sepanjang hayat untuk
ayang melupakanmu...
Sememangnya daku amat merindui dirimu. teruja sangat jika ternampak id mu bernyala. Alhamdulilah... kau masih ada. Meskin tiada kata yang kau ucapkan mesti pun hiii. Sedihku bukan kepalang. Tiada satu pun kebaikan serta nilai yang baik yang mampu menutup kesilapan yang aku lakukan. Beratnya hukuman yang telah dirimu jatuhkan. Terima kasih... aku sedar aku bukan yang terbaik !!!
Usah membohongi perasaan sayang,
kita sudah dewasa
Mengapa harus menipu diri sendiri
Abang tahu,
Apa yang ayang rasakan....
Jika ada secebis sayang, setitik rindu untuk ku... jawablah salamku. Maafkanlah salahku. Aku rindu dengan bisikan kata-kata darimu, senyuman dibibirmu. Jika bencimu terdalam dalam. Khabarkanlah pada aku. Yang kau sememangnya dah benci pada aku. Kita dah dewasa sebagaimana yang pernah kau katakan padaku... Aku sememangnya dah mengerti. Namun selesaikanlah... apa yang belum selesai. Supaya pergimu dan jauhnya aku tiada dendam antara kita.