Selasa, 23 September 2008

PENANTIAN


Penantian...

Sememangnya penantian itu sebuah keperitan dan penyeksaan, lebih-lebih lagi kiranya kita menantikan sebuah jawapan di sebuah persimpangan untuk meneruskan sebuah perjalanan yang panjang.

Keputusan harus dilakukan, mestipun pahit mahupun manis yang akan dikecapi di penghujung jalan. Itulah yang dinamakan kehidupan. Yang kadangkala begitu menguji keperibadian.

Saat itu juga, kadangkala kita akan ditinggalkan sendirian, dalam atas kerna keputusan perjalanan hidup yang kita pilih. Adilkah hidup ini? Mengapa kita akan dilanda perasaan kecewa atas jawapan dan kepastian yang telah dilakukan? Adakah kerna kita tidak ikhlas dalam memilih jawapan? Siapa yang harus kita persalahkan yea.
Yang pastinya...KITA, KITA, KITA dan KITA yang akan dipersalahkan !!!!

Hati salah kan KITA, Perasaan akan salahkan KITA, CINTA juga akan salahkan KITA, KASIH juga akan salahkan KITA.... Hasilnya kita akan dipenjarakan dan dihukum di penjara kesepian dan dibiarkan tergari dengan rasa rendah diri. Adil kah KITA!!!???

Jumaat, 19 September 2008

Cantik Dan Begitu Sempurna.....



Kau
Cantik dan begitu sempurna
Aku malu...
berhadapan denganmu

Isnin, 15 September 2008

Misteri Cinta

Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan aku tulis novel cinta kau dan aku

Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta suciku



Sememangnya semenjak itu, aku merasakan cintaku padamu sayang semakin erat. Seerat pelukanmu. Seerat kemesraanmu yang semakin mesra. Namun entah mengapa... lidah ku kelu untuk berkata

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku




Jumaat - 12 September 2008
Hari ini dalam sejarah hidupku, tercatat sebuah kepiluan... tatkala handbag aku diragut oleh penyangak. Dalam masa hanya beberapa second sahaja aku begitu kerugian besar. Kalian tahukan, handbag aku tu bagaikan beg doremon. Macam-macam ada...

Wang tunai sahaja 2000++ tu aku tak ingat duit yang sering aku selit-selitkan.100 dinar yang emak berikan aku tatkala pulang dari Mekah Disember lepas pun lesap.10 dolar hadiah hubby masa dia belajar di UK dulu pun ilang sekelip mata sahaja.

Karya-karya cerpen aku, dalam pen drive pun lesap. Ah.. sedihnya bukan kepalang. Kalian tahu tak? 2 pen drive aku, 1 extenal hard disk, buku bank, credit card, adus... memang buat aku terpenung panjang... Hari ini kelegaan itu semakin reda. Itu belum lagi aku terima, kata-kata perli dari rakan-rakan yang menuduh aku 'careless'. Ahh,.. diorang tak kena. Tak rasalah apa yang aku rasa... lebih-lebih lagi waktu-waktu dekat dengan raya. Ahhhhh ....!!! Yuran pengajian master aku juga perlu diselesaikan. Pening lalat aku !!!!! Tuhan kau tabahkan hatiku.Kuatkan azamku, kuatkan semangatku... Perkasakan diriku dengan segala dugaanMu. Aku yakin ada rahmat dan hikmah di sebalik dugaanMu. Aku yakin dan aku sebagai hambaMu...memohon keampunan dariMu Tuhan, kiranya kau duga aku kerana dosa-dosa yang telah aku lakukan.Ampunkan aku duhai Tuhan. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah dan tidak berdaya..........


Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Selasa, 9 September 2008

Kenangan Terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun ku tak kan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Adleena Arisya'08

Isnin, 8 September 2008

Ombak Rindu


Ingat lagikah dirimu tatkala kita menyusuri pantai... sambil bermain-main buih-buih ombak. Indahkan... Kenangan itu terlalu manis terpahat dihati. Mungkinkah kita mampu lagi mengulangi saat-saat indah itu?? Mungkinkah??

Ahad, 7 September 2008

Kucari damai dihati



Jangan didekati hati itu
Kerana ia akan tersentuh
Jangan diusik hati itu
Kerana ia sedang bercelaru
Rasa terasing di situ
Tiada siapa yang memahami
Ruang hati seolah semakin kecil dan sempit
lalu ia semakin membuat rasa hiba
bertakung air mata
tinggal masa untuk dijatuhkan
dan akhirnya....
gugur dan mengalirlah ia
pelahan-lahan melangkah....
mencari tempat untuk melepaskan lelah
tapi ruang waktu tidak memberikan keizinan
bila bersandar....
terus hilang dari pandangan
Mungkin hati ini mudah tersentuh
Membuatkan diri terasing di situ...
Semoga aku mampu melawan kesepian ini...

Puisi Perkenalan Kita


Inilah... puisi pertama ayang berikan untuk mu sayang... Semoga kenangan dan kata-kata pertama darimu akan tersemat di lubuk hati. Sayang, moga perasaan yang lahir dari persahabatan ini kan terus berkembang... hingga akhir nanti. Aku rindu dengan senyuman dan kata-kata darimu. Kiranya ada secebis ingatanmu... hubungilah ayang yang merindu....

Puisi Kenangan Kita



Masihkah kau ingat? Inilah puisi dirimu minta ayang tuliskan untuk si dia ... Indahnya terasa,tatkala kata-kata tercipta untukmu.Moga persahabatan yang lahir dari perasaan ini akan terus berkembang...huhuhu ombak rindu ini begitu menghempas hatiku sayang...

Puisi Cinta Kenangan Kita


Sabtu, 6 September 2008

Kekawan Sekolah

Baris depan Elly, Mah, Zie

Ini lah rakan-rakanku. Masa ini kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi program Aplikasi ICT dalam P&P. Waktu ini aku antara penyelaras yang sama terlibat. Huhuhu...seronok rasanya sesekali bergambar dengan kekawan. Satu kenangan yang akan tersimpan dalam lubuk hati ku. Wah... felling lak...hehehe



Khamis, 4 September 2008

Cintaku padamu...

Tidak perlu dilafazkan. Tidak perlu dinyatakan kepada orang lain. Hanya diriku yang mengerti dan memahami. Dan hanya Tuhan yang Maha mengetahui.
Bagiku, menyintai dirimu tidak pernah mengenal waktu... Derita dan sengsara kerana menyintaimu mwmberi warna di stiap jalan hidupku.
Sememangnya cintamu kadangkala membingungkan dan meresahkan aku. Itulah kehidupan. Tidak dinamakan hidup jika tiada kekusutan fikiran. Malahan tiada kematangan jika tiada kekusutan perasaan.
Sayang, menyintaimu adalah hak aku, dan biarkan aku menyimpan perasaan itu selamanya.

Resepi Mini Pizza Sayang Selasih

Ingrediants :

500g - High Protein Flour
60g - Fine Sugar
10g - Salt
15g - Skim Milk Power
50g - Eggs
10g - Instant Dry Yeast
1.5g- Emplex
5g - Olympial Soft ( bread Improver )
250g - Chilled water
60g - butter

Method :
1. Mix until develod
2. Bulk fermentation time 20 - 30 minutes
3. Scaling weight - 50g each
4. Intermediate proofing 5 - 10 minutes
5. Moulding - shaping
6. Final proofing - until double / triple of original siza
7. eggs wash ( 53g eggs + 50g water + 2g salt + 5g vanilla - lightly beat to mix well)
8. Baking 10 - 12 minutes at 200'C

Ok can eats now... hehehe this is rapid straight dough method. Ni sample method and senang sekali....berbanding dengan sponge & dough method.

Rabu, 3 September 2008

Rindu BelaianMu

Malam itu...
Aku melihat kau tidur di sebelahku. Masih terasa tanganmu membelai rambutku, masih terasa kehangatan ciumanmu di dahiku. Kita berpandangan satu sama lain. Kau sentuh hidungku,kau cium dahiku, kau kuncup mataku... kau usap rambutku bertalu-talu. Lantas kau peluk erat diriku, bagaikan inilah hari terakhir buat kita bersama. Barangkali mungkin jua....

Kau tahu, mengapa aku tutup rapat mataku? Aku menikmati dan menghayati setiap perlakuanmu. Aku rekodkan semuanya di dalam mindaku. Untuk ku simpan sepanjang hayatku.. dan kini aku makin rindu dengan usapan dan ciumanmu...sayang.

Pagi ini aku bangun... memang benar, kau telah tiada di sisi ku. Tiada lagi pelukan erat di waktu pagi ... tiada lagi ciuman hangatmu di dahi ... tiada lagi usapan dan ucapan cintamu di awal pagi. Aku rindu....

Mengapa kau buat aku begini? Mengapa kau biarkan diri ku menangung rindu yang sarat ni?
Mengapa????

Selasa, 2 September 2008

Semalam menjadi sejarah

3 September 2008
Hari ini masih lagi mencuba. Membina blog aku sendiri mencari apa yang hendak lakukan di sini. Barangkali rindu ke aku pada dia... hingga kan aku cuba mencari inisatif lain hingga melupakan dia seketika.
Bolehkah rindu itu makin hilang? Pernah dulu, aku terdengar sekiranya kita mengingati dan merindu seseorang, orang itu juga begitu merindui dan mengingati kita. Emm... boleh dipercayai ke kata-kata ini?
Sememangnya saat ini aku benar-benar merindui dirinya. Tapi mengapalah dia seolah-olah cuba menjauhi dirinya dengan diriku. Sedangkan dia juga mengatakan bahawa menyintai tidak bermakna memiliki. Masih cinta dan sayangkah dia pada aku?

Kau, aku dan dia

Isnin, 1 September 2008

1 September 2008

Ramadhan kembali lagi. Penuh dengan keinsafan menguji keimanan. Alhamdulilah... kusahut dengan penuh semangat dan keazaman ingin ku pertingkatkan. Terawih pertama ku di tahun ini.