Khamis, 4 September 2008

Cintaku padamu...

Tidak perlu dilafazkan. Tidak perlu dinyatakan kepada orang lain. Hanya diriku yang mengerti dan memahami. Dan hanya Tuhan yang Maha mengetahui.
Bagiku, menyintai dirimu tidak pernah mengenal waktu... Derita dan sengsara kerana menyintaimu mwmberi warna di stiap jalan hidupku.
Sememangnya cintamu kadangkala membingungkan dan meresahkan aku. Itulah kehidupan. Tidak dinamakan hidup jika tiada kekusutan fikiran. Malahan tiada kematangan jika tiada kekusutan perasaan.
Sayang, menyintaimu adalah hak aku, dan biarkan aku menyimpan perasaan itu selamanya.

Tiada ulasan: