Isnin, 15 September 2008

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku




Jumaat - 12 September 2008
Hari ini dalam sejarah hidupku, tercatat sebuah kepiluan... tatkala handbag aku diragut oleh penyangak. Dalam masa hanya beberapa second sahaja aku begitu kerugian besar. Kalian tahukan, handbag aku tu bagaikan beg doremon. Macam-macam ada...

Wang tunai sahaja 2000++ tu aku tak ingat duit yang sering aku selit-selitkan.100 dinar yang emak berikan aku tatkala pulang dari Mekah Disember lepas pun lesap.10 dolar hadiah hubby masa dia belajar di UK dulu pun ilang sekelip mata sahaja.

Karya-karya cerpen aku, dalam pen drive pun lesap. Ah.. sedihnya bukan kepalang. Kalian tahu tak? 2 pen drive aku, 1 extenal hard disk, buku bank, credit card, adus... memang buat aku terpenung panjang... Hari ini kelegaan itu semakin reda. Itu belum lagi aku terima, kata-kata perli dari rakan-rakan yang menuduh aku 'careless'. Ahh,.. diorang tak kena. Tak rasalah apa yang aku rasa... lebih-lebih lagi waktu-waktu dekat dengan raya. Ahhhhh ....!!! Yuran pengajian master aku juga perlu diselesaikan. Pening lalat aku !!!!! Tuhan kau tabahkan hatiku.Kuatkan azamku, kuatkan semangatku... Perkasakan diriku dengan segala dugaanMu. Aku yakin ada rahmat dan hikmah di sebalik dugaanMu. Aku yakin dan aku sebagai hambaMu...memohon keampunan dariMu Tuhan, kiranya kau duga aku kerana dosa-dosa yang telah aku lakukan.Ampunkan aku duhai Tuhan. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah dan tidak berdaya..........


Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Tiada ulasan: