Ahad, 7 September 2008

Kucari damai dihati



Jangan didekati hati itu
Kerana ia akan tersentuh
Jangan diusik hati itu
Kerana ia sedang bercelaru
Rasa terasing di situ
Tiada siapa yang memahami
Ruang hati seolah semakin kecil dan sempit
lalu ia semakin membuat rasa hiba
bertakung air mata
tinggal masa untuk dijatuhkan
dan akhirnya....
gugur dan mengalirlah ia
pelahan-lahan melangkah....
mencari tempat untuk melepaskan lelah
tapi ruang waktu tidak memberikan keizinan
bila bersandar....
terus hilang dari pandangan
Mungkin hati ini mudah tersentuh
Membuatkan diri terasing di situ...
Semoga aku mampu melawan kesepian ini...

Tiada ulasan: