Ahad, 1 Mac 2009

Kau Ku Rindukan....

Telah lama ku pendam rindu
Dalam diamku
Menantikan ucapan
Mesra darimu
Hingga kini kau membisu
Seribu kata
Mata bertentang Mata
Oh... ku gelisah
Kini kau berjauhan
Seribu perjalanan
Hati merintih sedih
Tiada berairmata
Kian ingin kau ku lupakan
Kian kau ku rindui
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Hidupku kian hampa
Semenjak perpisahan
Hilang tanpa berita
Rindu pada mu jua
Di mana ku cari ganti
Serupa denganmu
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Kesal bertahun lama
Kerna kau tiada
Hilang bertahun lama
Kau ku rindukan
~Ginger Bread~
Mengenalimu satu rahmat buatku. Satu pengajaran yang paling berharga untukku. Terima kasih atas perhubungan yang kau hulurkan. Aku bersyukur yang amat. Sepanjang mengenalimu... sepanjang mengenalimu, kau banyak memberiku arah penjalanan. Sememangnya kini aku tak pasti,adakah hubungan ini telah berakhir... kerana kesilapanku. Namun sedarkah dikau atas kesilapan yang juga kau lakukan..????
Baru kini ku sedari, perhubungan ini begitu meterialistik bagi dirimu. Nilai kasih dan sayang yang selama ini aku curahkan hanya sia-sia sahaja. Ketahuilah dirimu... aku begitu menyayangimu, setulus dan seikhlasnya. Malangnya, kau tidak pernah menghargainya. Terima kasih teman.... barangkali hanya aku sahaja yang terlalu menghargai dirimu.
Jika benar, aku undur diri. Biar... dengan pemergianku ini... dapat kau berfikir secara tenang dari api kemarahan yang membara dirimu saat ini.... Aku sayang kamu, walau seribu kebencian telah kau letakkan di hatimu terhadap diriku. Mungkin berbakul-bakul sumpah seranah kau tujukan buatku. Terima kasih teman.
Sebelum aku berlalu... Maafkan diriku...Adakah hari esok untuk kita bersua lagi??? Tiada secebis sayang kah dirimu terhadap ku??? Benci sangatkah dikau terhadap diriku.??? Nyatakanlah kepada ku. Katakanlah kepada ku... yang kau benar-benar membenci aku !!!! Terima kasih atas segalanya. Halalkan kasih sayang, masa, serta apa jua yang telah kau hulurkan. Aku tahu.... tiada kebendaan yang menjadi tanda persahabatan antara kita waima sekuntum bunga. Hanya aku sahaja terlalu menyayangi dirimu. Aku doakan semoga kau berbahagia di sisinya. Ketahuilah aku sayang kamu...selamanya..
Izinkan aku berlalu..
~Adleena Arisya~

Tiada ulasan: