Isnin, 22 Jun 2009

Mai kita renungkan bersama.....
Tatkala kita dah rapat dengan seseorang ... rasanya kita akan terus berusaha untuk kekalkan hubungan tersebut.. tak kiralah sama ada dia seorang kawan, adik, abang, kakak, atau seseorang yang istimewa buat kita.. Seharusnya kita haruslah bersyukur kerana memiliki insan-insan yang sentiasa bersama kita.. sanggup berkongsi kisah suka dan duka, boleh ketawa dan menangis bersama.. hadapi susah senang..andai kata kita salah, dia akan menegur salah silap kita secara jujur dan terbuka... Dah tentulah kita akan semakin rasa dekat dan disayangi.. malahan akan menyayangi..
Namun kadangkala, insan-insan yang sering memberikan perhatian kepada kita. Berkongsi pendapat. Tersenyum dan menangis bersama.. tiba-tiba menyepikan diri. Tiba-tiba berubah haluan..360^. Saat tu..mestikan kita akan merasakan sesuatu.. bukan sahaja satu persoalan yang bermain di minda saat itu. Kenapa? Mengapa? Terasa kehilangan tatkala teman yang sering kita sembang, bertekak, merangsang, menggembirakan...
Pernah tak kalian fikirkan.... apabila sesuatu hubungan yang terjalin antara sesama insan akan timbul rasa perasaan kasih dalam diri kita... tak kiralah, kasih seorang ibu, ayah, kakak, abang, adik,kawan ataupun kekasih.. ianya bermula tatkala wujudnya sebuah persahabatan.. dan seterusnya kasih tercipta.. dan seterusnya menjaga kemesraan dan keakraban diantara kita.
Persahabatan dan ikatan yang terjalin telah banyak memberikan saya kekuatan dalam menghadapi hidup ini.. tatkala dalam kesunyian, kesedihan, mahupun apa jua keadaan kekawan lah yang banyak memberikan sokongan, kekuatan meskinpun dari jauh malahan kekawan chat yang tidak pernah dijumpai.. aku hargai sanagt.. Semua ini amat bermakna.. Tapi ntah di mana silapnya tindakan aku.. seorang kawan, barangkali abang yang telah banyak menghidupkan keceriaan di dalam kehidupan dalam setahun ini.. telah banyak berubah... Maafkan aku WNK5801. Seandainya diri ini telah melakukan satu kesilapan yang sukar untuk dimaafkan. 'Kehilanganmu' kini begitu terasa...
Bagaimana dengan kalian..? Adakah serupa dengan perasaan saya, tatkala... persahabatan semakin akrab akan tercipta kasih dan lahirkan rasa rindu dan sayang...Tak kiralah.. siapa mereka dalam hidup kita. Sebagai seorang ibu , atau ayah, kakak , abang mahupun adik... begitu bermakna kan tatkala di sayang dan menyayangi. Bagi yang belum berpunya dan tentu perasaan dan harapan menjadi lebih bermakna.. emm bagi yang dah tema teman tapi mesra rasanya tidak salah kan, asalkan bukan kekasih gelap yang dah tentu bawa bencana dan menghancurkan perasaan insan lain pula. Pendek kata.. dalam terciptanya kasih dan rindu masih lagi terbatas dengan lantasan yang telah digarisi oleh agama dan pegangan hidup. Yang penting hidup dalam nilai kasih sayang yang tinggi... membahayakan.. semuanya harus dijaga dengan nilai kasih dan sayang.... Moga hidup kalian sentiasa disayangi oleh insan-insan di sisi...... Bahagianya tatkala disayangi dan dibelai mesra.

Tiada ulasan: