Isnin, 5 Januari 2009

TAKDIR CINTA

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku
reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku
~rossa~


Semalam aku mendapat pesanan ringkas, yang pada awalnya aku anggap sebagai seorang sahabat. Telah sedikit menganggu pemikiran aku seharian. Mungkin ini satu petanda untukku, sememangnya niat aku untuk menjauhi dari dia. Mungkin harus ku paterikan niat yang dinawaitukan.
Sememangnya... aku ingin kau tahu, aku amat menyayangimu...sesungguhnya.. Kadangkala aku sendiri pun tak tahu mengapa aku harus menyayangi dirimu...Kenapa, Mengapa dan Bagaimana aku boleh jadi gila sebegini... seolah aku bukan aku... Tapi macam yang kau katakan padaku dulu, jiwa dan perasaan amat sukar untuk kita tipu. Sememangnya aku tidak mahu menipu perasaan dan jiwaku, yang aku amat sayang padamu. Moga inilah yang dinamakan takdir. Takdir cinta !!
Sememangnya aku takut untuk menyakiti hati orang lain. Maafkan aku teman, bukan niatku untuk diminta di sumpah serana dengan tubian kata-kata yang menyakitkan. Aku cuma mahu doa-doa dari rakan-rakan. Aku hanya mahukan kasih sayang. Aku hanya mahukan persahabatan. Maafkan aku...bukan ini yang aku mahukan.
Tuhan tuntunlah hati aku... ilhamkanlah kepada aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu dan KurniaanMu kepadaku. Berikan aku ilham dan kekuatan di mana arah yang harus aku tuju dan pilih. Bimbinglah aku agar jalan yang aku pilih tidak menyesatkan diri aku ke jalan yang tidak kau redhai. Ya Allah, ampuni aku. Sesungguhnya Ya Allah aku bertaubat kepadaMu. Kuatkan hatiku dengan sifat-sifat kebaikan dan jauhkanlah aku dari perbuatan yang tidak kau redhai..
Amin.

Tiada ulasan: