Khamis, 19 Februari 2009

Huh.. Bengang !! Kerja Oh Keje...

Sejak akhir-akhir ini kerja semakin hari semakin bertambah... dapat pula sekarang ni boss aku yang baru - perempuan. Dia seorang yang detail... penuh dgn angka. Sumanya nak detail. Any way aku suka cara berkeje mcm ni... detail dan tepat. hehehehe... Semua aktiviti ingin black and white.
Hari ini juga dapat panggilan dari Ikin di PPD meminta tolong menjadi pegawai Kem TKRS di Janda Baik Bentong ... aku setuju atas prinsip tolong kawan yang sering aku pegang. Banyak tugasan yang perlu dilakukan. Tapi sabtu dan ahad ini aku nak ke KL emm gatai ambik course fotografi di Adan Inpresif Cheras.
Aku ingat tak jadi je nak ke sana... jadi rutin harian yang serupa setiap Sabtu - menjalankan kelas SBT .. yang telah aku hutan 2 kelas tahun 5 dan 3 kelas tahun 4. Huh... jenuh jugak. Apa-apa aje lah tugas harus dijalankan.. itulah rezeki yang halal dan barakah yang akan diberikan kepada anak2 ... dan darah daging ku.
Hari ini juga dalam poning lalat sempat lagi aku... bergayut dengan DIA. Ada ke patut mengatakan aku lembap. Yealah aku ini lembap... tak pe lah.. kutuk lah sepuasnya. Moga, satu ketika kau juga yang bisa terasa.. bagaimana rasa menjadi lembap.
Mungkin jugak ketika ini aku blurr... sedikit tertekan dengan keje... tp still maintain... happy giler je. Walaupun dalam kapala ni.. serabut seribu satu macam senarai yang perlu dilakukan :-)

Tiada ulasan: