Jumaat, 27 Februari 2009

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal......

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi,
Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga
Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku,
Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata
Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal
Kepadaku...
Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika...
Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata,
Ke akhir hayat yang ada

Sedih nye terasa saat mendengar lagu ini....

Sekian lama tidak dapat kucatatkan di blog ini di atas kesibukan aku berada di KL dan juga di Janda Baik, Bentong. Namun sepanjang minggu ini hati ku di landa keresahan.... kerana kesilapanku ingin berada dekat dengan dirimu. Akhirnya begini yang terjadi... Mungkin bermacam-macam yang kau fikirkan. Sunyinya aku tanpa dirimu....

Sayang, kufahami, jika benar dikau marah kepadaku. Kufahami jika apa yang aku lakukan menjadikan amarah pada dirimu. Maafkan diriku... Maafkan keterlanjuranku. Maafkan kepincangan dan kelakuanku yang telah menjadikan dirimu terluka.
Jika benar, inilah penamatnya hubungan kita... aku redha dengan ketentuan yang Allah telah tetapkan. Namun usah kau ucapkan selamat tinggal kepadaku. Mengertilah.. ketahuilah... AKU SAYANG KAMU ....

Tiada ulasan: