Ahad, 15 Februari 2009

Apa Sebenarnya...

Andai sampainya waktu
aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu
bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu
dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlaku kehendakmu
Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku
Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan
Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....
Sedih lah tatkala mendengar lagu dari Fauziah Latif ini.... Teman, lagu ni kutujukan untuk dirimu, Seharusnya aku yang seharusnya membawa diri dari kamu... Pelbagai cara kau berharap kau akan meninggalkan aku bukan. Jika tidak masakan kau cuba bergurau dengan YM dan juga pesanan ringkas. Aku dapat merasakan yang semua tu kau yang menyatakan.
Tak mengapa lah, barangkali sudah tiba masanya aku mengucapkan selamat tinggal pada dirimu. Meskinpun aku terlalu sedih jika perpisahan itu yang kau inginkan. Maafkan aku seandainya kehadiran aku yang tanpa dirancang ini telah menyusahkan dirimu.Tidak pernah juga aku mengharap sedemikian rupa.
Kau terlalu istimewa....biarlah ku simpan segalanya.

Tiada ulasan: