Isnin, 29 Disember 2008

Selamat Maal Hijrah 1430H

Selamat Maal Hijrah 1430H buat semua....

Ya Allah kumohon kepadamu, agar di tahun baru ni akan bertambah baik dalam segala hal dan yang buruk di kurangkan. Kau lembutkan hatiku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku agar melakukan kebaikan. Kau jauhkan segala kejahatan, kau rapatkan keluargaku, sahabat-sahabatku, kau ungkaikan segala kekusutan, kau tanamkan perasaan sayang menyayangi.. antara keluargaku, dan sahabat-sahabatku. Kau murahkan rezeki dan kesihatan yang baik serta kau limpahkan dengan hidayah dan iman... kau kurniakan aku dengan hati yang sabar dan tabah.

Ya Allah... kau ampunilah segala dosa-dosaku, .. kau jauhilah api nerakamu.. dan kau dekatilah aku dengan syurgamu...
Ya Allah sesungguhnya aku hambamu yang lemah, kau ampunilah aku... kau berikanlah daku petunjukmu serta keberkatan mu.

Amin Ya Rabal Alamin

Tiada ulasan: