Isnin, 3 November 2008

Haruskah aku pergi menjauh...

Bercinta denganmu bagaikan bermain
Di taman larangan istana kayangan
Andai ku ditawan pastinya hukuman
Harus kuterima walau tak kurela
Apakah lagi yang masih kurang
Dan apa pula terlebih buatmu
Tak dapat aku teka seandainya
Engkau masih lagi berdiam diri
Didera permainan rindu
Itukah hadiah untukku
Adakah ku diuji


Bodohkah aku kerna dituduh kalian menduakan dia semudahnya..sesuka hati kalian. Mengapakah aku terus mendiamkan diri, setelah dituduh sedemikian. Dimanakah pendirian aku yea? Yang selama ini sering membela diri walau hanya rinjisan tuduhan. pasti bertegang urat leher menegakkan kebenaran. Adakah kerna ini juga kebenarannya... yang sememangnya aku menduakan DIA.

Biarlah... aku dengan perasaan aku, seorang diri. Janji aku senang dan bahagia sekali. Yang pastinya, manusia yang tercipta atas nama Adleena Arisya begitu istimewa di hati. Tidak perlu dilafazkan. Tidak perlu dinyatakan kepada orang lain. Hanya diriku yang mengerti dan memahami. Dan hanya Tuhan yang maha mengetahui.

Dulu, kau juga menyatakannya, buat apa yang hatimu ingin lakukan...Jadi, apa yang aku ingin lakukan pada hari ini ialah terus menyayangi dirimu, seikhlasnya dan sejujurnya. Biarlah aku dituduh menduakannya.. biar apapun, yang penting.... aku begitu bahagia kerna menyayangi dirimu. Walau ku juga tahu, kau jua menghadapi situasi yang sama bukan... dia juga mencemburui kita. Bukan niatku, memjadikan dia cemburu. Namun bertuahlah dikau, kerna itu bermakna dia sungguh menyayangimu. Sungguh menyintaimu.

Kerna aku jua menyayangimu, jadi mengapa aku harus menjauh bukan....segalanya tidak perlu diucapkan. Tidak penting wajah siapa yang kau cari.... Cukup untuk kau ketahui bahawa... aku sungguh menyayangimu seikhlasnya.

Tiada ulasan: