Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan-makan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 September 2009

Ikan Bakar Ana Petai

Semalam..

Aku sekeluarga berbuka di Ikan Bakar Ana Petai di Tanjung Lumpur Kuantan.... huiii orang penuh. Memulanya aku cuba booking New Horizon, malangnya full house... ada syarikat buat event kat situ.. mungkin belanja staff berbuka. Aku try pula call Ikip Catering juga full. Huh ramai benar ari ni orang keluar makan.

Akhirnya aku berbuka di Ikan Bakar Ana Petai... Aku rasa ok lah...menu yang aku order ikan siakap masak stim, tomyam campur, sotong celup tepung, telur dadar, dan air carrot tapi hubby aku cakap aku masak lagi sodaappp..sebab tu dia lebih suka makan kat rumah bulan-bulan pose ni dari kat kedai. Wah, kembang lak hati aku ni !!! hehehe saja je tu nak ampu ni..

Balik sememangnya kepenatan yang amat sangat.... terus saja tidoo zzzZZZZ...walaupun keje banyak nak diselesaikan. Tapi mata ini sememangnya bagai tak boleh nak di buka... Memang tak dape nak nolong nyer.. apa lagi upah nyer tido ler..

Selasa, 2 Jun 2009

Best ada orang belanja...

Hari ini.. Abby belanja aku makan di secret receipi... huhuhuhu best. Memang dah lama daa plan nak gi makan-makan ni. Masalahnya dua bulan kebelakangan ni aku begitu sibuk dengan macam-macam tugas luar.

Inilah Abby, mekasih belanja makan.. Lain kali belanja lagi ea :-)


aku ler ni ... dok yumie yummy



Sebenarnya aku ni pemalu orangnya.Hehehehe.. emm tak reti dah nak order apa . Maklum aje lah baru je lepas makan masa rehat kelas tambahan aku tadi. At least aku terasa teringin nak makan yang bersup-sup ni.. so aku pilih vitnaem noodle. Emm macam salah je spelling aku ni. Ntahlah aku tak ingat nama dia. Biarlah gambar ini yang memberikan makna. :-)


Di samping tu aku makan kek, hehehe actually aku order manggo kek, Abby kek coklat, last-last dia yang makan kek manggo aku bedal kek coklat dia hahahaha. Air Abby order watermelon jus sama dengan aku...







Lepas makan-makan kami balik ikut haluan masing-masing. Aku ambik kesempatan ke kedai kek Bake Well.Ingatnya nak buat cup cakes sambut birthday dengan anak-anak murid dan anakandaku. Maklumlah esok ada kelas tambahan. So ambil peluanglah.Hehheehhe... Emmm bila dah berada di Bake Well sembang lak dengan Marlissa isteri tauke kedai kek. Terleka aku. Ingat kejap je di kedai dia so tak lah aku letak kupon parking kete... keluar-keluar je.. Uwakkk kena saman ...apa lagi.. bayar je lah kesalahan sendiri kan. Padan muka aku. Naperlah tak letak kupon parking hanya sekeping 0.60 sen je sekarang dah kena $5.00 denda kompaun. Emm padan muka aku.