Mataku tersilap dek kilau indahmu
Hadir tika di waktu sengggangku
Mula membingkai ilusi di benakku
Tentang hangatnya dalam dakapmu
Indahnya disisimu
Aku seperti bayangmu
dekat namun tak terlihat
kunikmati semua indahmu
bagai senandung yang tak terucap
kerana aku tak pernah ada
Acuhmu patahkan inginku
jeritku tak pernah terdengar
meskipun jiwa berombak
apa bezanya bagimu ?
Aku tak mampu ucapkan apa-apa
Mungkin cukuplah dirimu...
kudapat eratmu dalam mimpiku
ku belai takjub dalam khayalku
kerna kau tak pernah tahu
dan ambil tahu....
Kini...
Aku cuba benci dirimu
Aku cuba benci senyumanmu
Aku cuba benci caramu buatku tertawa
Aku cuba untuk lupakanmu
Tapi...
Aku benci kerana tak mampu berpaling darimu
Aku benci kau yang selalu mempesonaku
Aku benci karena tak berada disisimu
Aku benci semua tentangmu
Aku benci kau yang tak tahu isi hatiku...
Aku benci kau yang tak pernah nak memahami aku !!
Aku benci Kamu !!
Khamis, 26 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan